Jumaat, 15 April 2022

KALI PERTAMA DI IPOH

 


KALI PERTAMA

DI IPOH

AMIN

hamim commented on

 "MENGELEMBU"

Sham, Shsm tau Ipoh kat mana? 29 April 1970 kali pertama saya keIpoh sebab 1 Mei 1970 akan melapor diri disebuah Jabatan Kerajaan diJalan Cockman. Saya datang menaiki teksi dari Teluk Anson sampai disatu simpang tiga bentuk Y, ikut kiri Janlan Kampar, ikut kanan Jalan Gopeng, diantara dua jalan tu ada tertulis IPOH yang tinggi dan besar mungkin dibena menggunakan simen konkrit, dalam hati berkata oh ini dia Ipoh, 


tak lama bekerja dihantar berkusus diKL pergi naik keretapi bila keretapi bergerak keselatan sebelum penghujung station ada satu papan tanda dari konkrit ada tulis IPOH, dalam hati berkata ooo disinipun Ipoh juga, nampak sangat masa tu macam katak baru keluar dari bawah tempurung yalah masa tu umur belum 20 tahun....kesah 52 tahun dulu

Tiada ulasan: