Selasa, 17 Mei 2022

ANGKA MENURUN

 



KKM lapor 1,697 kes baharu Covid-19

SEBANYAK 1,697 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 2,239 yang dicatat pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 4,479,809 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Selangor rekod angka harian tertinggi semalam dengan 707 kes, diikuti Kuala Lumpur (370) dan Pulau Pinang (151).

Di negeri-negeri lain, Negeri Sembilan lapor 50 kes, Perak (78), Johor (69), Sarawak (25), Melaka (39), Putrajaya (38), Kedah (47), Pahang (36), Sabah (48), Terengganu (20), Kelantan (15), dan Labuan (4).

Tiada kes baharu Covid-19 di Perlis.

Sementara itu, sebanyak lima kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam, termasuk satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 35,620 orang.

Data KKM juga menunjukkan seramai 1,548 pesakit Covid-19 sembuh semalam.

Selain itu, seramai 1,123 kes positif Covid-19 menerima rawatan di hospital, dengan 40 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Seramai 22  pesakit di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan. – 17 Mei, 2022.     

BERITA BAIK

ANGKA MAKIN

MENURUN

AMIN

TERUSKAN IKUT

C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

KHALAS

Tiada ulasan: