Selasa, 17 Mei 2022

NASEHAT KESEHATAN

Ambil langkah berjaga-jaga cuaca makin panas, elak strok haba, kata KP kesihatan 

BERIKUTAN peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau mencadangkan orang ramai supaya sentiasa meminum air yang mencukupi, mengelak daripada melakukan senaman yang sukar dan tidak perlu, berada di kawasan yang lebih nyaman dan redup selain daripada memantau simptom keletihan kerana kepanasan dan strok haba.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham juga berkongsi langkah yang boleh diambil jika didapati ada simptom keletihan dan strok haba termasuk berada di kawasan yang lebih sejuk atau dilengkapi penyaman udara dan mandi air sejuk atau gunakan jaram sejuk.

Beliau juga berkongsi sebuah poster mengenai kuantiti air yang diperlukan tubuh manusia ketika peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas berasaskan berat badan seseorang daripada 45 kilogram (kg) yang memerlukan 1.9 liter air kepada 90 kg yang memerlukan 3.9 liter air.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menghubungi talian 911 jika mereka mengalami sebarang simptom dan perlu bertindak segera untuk menyejukkan tubuh pesakit sehingga bantuan tiba.– Bernama, 16 Mei, 2022.


TERIMA KASIH

BERI INGATAN

AMIN

TAPI WAJIB

JUGA ORANG

RAMAI DIBERITAHU

TENTANG CUACA

MAKIN BERUBAH

AMIN

JUGA BAGIMANA

KITA BERSAMA

WARGA DUNIA

WAJIB BERTINDAK

AMIN

UNTUK SELAMAT

BUMI DAN

UMAT MANUSIA

KHALAS

Tiada ulasan: