Selasa, 17 Mei 2022

HEBAT BANK INI

 



Maybank perkenal pengeluaran tunai ATM tanpa sentuh

MAYBANK memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran tunai Mesin Teler Automatik (ATM) tanpa sentuh yang pertama di Malaysia.

Menurut bank itu, perkhidmatan tersebut kini boleh digunakan melalui aplikasi MAE di ATM terpilih di seluruh negara yang menyasarkan peningkatan kemudahan kepada lebih 12 juta pemegang kad ATM Maybank berikutan pelanggan meneruskan penyesuaian gaya hidup dalam norma baharu dan menikmati akses yang lebih berdaya digital berbanding perkhidmatan perbankan tradisional.

“Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini terhadap 1,000 ATM yang akan menunjukkan ketersediaan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa sentuh di mesin. Akhirnya, perkhidmatan ini akan disediakan di semua ATM milik Maybank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Khairussaleh Ramli berkata Maybank menerajui perbankan digital selama bertahun-tahun dengan membawa pelbagai penyelesaian inovatif di pasaran untuk kemudahan pelanggan.

“Perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa sentuh baharu adalah satu lagi langkah dalam penawaran holistik perkhidmatan perbankan digital yang kami telah menjadi perintis selama ini.

“Ia juga disediakan berikutan banyak perkhidmatan terkemuka yang kami perkenalkan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada tawaran perbankan digital. Kami yakin akan terus menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital pada bulan-bulan seterusnya,” kata Khairussaleh.

Sementara itu,  CEO Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti John Chong berkata pengeluaran ATM tanpa tunai bukan sahaja akan meningkatkan keselesaan kepada pelanggan, malah memastikan mereka dapat menikmati rangkaian penyelesaian digital yang komprehensif melalui satu aplikasi iaitu MAE.

“Untuk membuat pengeluaran tunai, pengguna hanya perlu mengimbas kod respons pantas (QR) pada skrin ATM Maybank terpilih melalui aplikasi MAE, memasukkan jumlah, memberikan nombor pengenalan peribadi (PIN) atau pengesahan biometrik di aplikasi, dan menerima wang tunai daripada ATM,” kata Chong.

Beliau menambah, pengenalan perkhidmatan pengeluaran tanpa sentuh itu turut didorong usaha bank untuk memastikan keselamatan pelanggan berikutan pelanggan tidak perlu menyentuh sebarang permukaan luaran secara fizikal, kecuali semasa menerima wang tunai daripada ATM. – Bernama, 17 Mei, 2022.


INI DIANGGAP

HEBAT

AMIN

TAPI ADA BANK

LEBIH HEBAT

AMIN

BUKAN SAJA

TANPA SENTUH

DAPAT KELUAR

DUIT

AMIN

MALAH TANPA

DEPOSIT PUN

BOLEH KELUAR

BERBILION

RINGGIT

AMIN

TAK PERCAYA

TANYA NAJIB

KAH KAH KAH

NAMA BANK INI

NAJIBRAJAPAKSA

KHALAS

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: