Isnin, 19 September 2022

KAJI JANGAN TAK KAJI



Kaji masa terbaik buat pilihan raya, kata Shahidan Kassim


SUATU kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Umno Bahagian Arau Shahidan Kassim.

Beliau berkata kejadian banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini mungkin memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU dijalankan.

“Terdapat keperluan untuk satu kajian mendalam sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan.

“Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan ‘caretaker’ atau kerajaan sementara untuk menangani isu berkaitan banjir, justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) yang baharu di Menara Perbadanan Labuan hari ini.

Selain itu, Shahidan berkata enam daripada tujuh kerusi di Wilayah Persekutuan yang dimenangi Umno masih boleh dipertahankan parti itu pada pilihan raya tersebut.

Beliau menegaskan anggota Umno pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas terhadap elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti itu.

“… satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap Umno, telah menjalankan peranan mereka,” katanya. – Bernama, 19 September, 2022.

WOIT

NAK KAJI APA

KAH KAH KAH

KALAU BANJIR

MANA  SEMPAT

NAK AMBIL TAHU

HAL NEGARA

AMIN

RUMAH  DLM AIR

MOTOSIKAL HANYUT

ANAK TAK MAKAN

ATAP BOCOR

AMIN

GILA KE APA ?

GILA PRU

KAH KAH KAH

INI BUKAN

DEMOKRASI

INI GILA NAK

DAPT KUASA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba kaji kenapa rasuah jadi budaya, cuba kaji kenapa majoriti penjawat awam malas bekerja, cuba kaji kenapa Ahli politik suka mencuri, Cuba kaji kenapa LHDN hanya seksa orang bekerja kuat, Cuba kaji kenapa RM jatuh, Cuba kaji kenapa rakyat nak ke Thailand bukan ke Langkawi, Cuba kaji kenapa ramai sangat free loader did negara, Cuba kaji kenapa rakyat Masih papa kedana, Cuba kaji kenapa orang Melayu Masih berniaga atas parit jalan sungai, Cuba kaji kenapa sistem engkau orang negiti korup, kah kah kah kag amapoooss