Isnin, 19 September 2022

LANGKAH MUDA YANG BIJAK



MUDA setuju cadangan tiada pertembungan kerusi dengan PH


KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyambut baik kenyataan Timbalan Presidan PKR, Rafizi Ramli untuk memastikan tidak berlaku pertembungan kerusi dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, gabungan MUDA dan Pakatan Harapan (PH) merupakan tawaran terbaik kepada rakyat.

“Saya menyambut baik ketekunan Timbalan Presiden Keadilan, saudara Rafizi Ramli kepada perbincangan MUDA ke dalam PH,” katanya.

Amira Aisya berkata, MUDA sebelum ini telah melahirkan niat untuk memastikan parti-parti pembangkang bergerak seiring dalam PRU-15.

Menurut belia, rundingan kerusi, strategi pilihan raya, komunikasi antara parti akan berjalan dengan lebih baik jika parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan yang sama.

Serentak itu, beliau meminta kepada penyokong MUDA supaya memberi masa kepada Majlis Presiden PH berbincang mengenai kemasukan parti itu ke dalam gabungan itu.

“Saya juga berpesan kepada orang ramai termasuk ahli parti bahawa kita harus beri ruang yang cukup kepada pimpinan Majlis Presiden PH untuk berbincang. Ini bukan hal yang kecil dan remeh.

“Kita harus hormat ruang dan masa kepada rakan-rakan untuk adakan perbincangan rasmi kerana paling penting, kita mahu rakyat dapat manfaat dari hubungan politik antara parti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdull Rahman sebelum ini mengumumkan parti pimpinannya akan bertanding di 15 kerusi Parlimen.

Kerusi yang MUDA sasarkan bagi PRU-15 adalah kerusi Barisan Nasional yang dimiliki UMNO serta kerusi Perikatan Nasional yang dimiliki oleh Bersatu dan Pas.

Misi utama parti itu adalah memastikan kemenangan untuk rakyat dan blok pembangkang.

Bagaimanapun beberapa pemimpin PKR sebelum ini membantah kerjasama dengan MUDA berikutan tindakan parti itu meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri Larkin pada Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu.

Ia sekaligus menyaksikan pertembungan dengan calon PKR dan kerusi itu akhirnya dimenangi oleh calon BN.

Media sebelum ini melaporkan, Rafizi memberi jaminan pertindihan kerusi dengan MUDA dalam PRU-15 akan dielak menerusi rundingan kedua-dua pihak dalam usaha mencapai persetujuan dan kesepakatan bersama.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor itu berkata, ketika ini PH sedang mengadakan rundingan dalam kalangan parti komponennya terlebih dahulu yang akan selesai menjelang 30 September ini.

WOIT

TERBAIK

TERMOLEK 

TAHNIAH

AMIN

INI NAMANYA

PERJANJIAN

PEMILIHAN

AMIN

INI SIKAP JIWA

BESAR PKR

JIWA BESAR MUDA

AMIN

KEMAH KOCIK

PASTI KALAH

KEMAH BOSAR

MUNGKIN MONANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: