Isnin, 19 September 2022

KEMPEN TANAM MAKANAN



Elok PM bubar Parlimen kalau gagal urus ekonomi, kata Muhyiddin

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) elok diadakan sekarang kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi yang terus membelenggu rakyat, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata pilihan raya umum sekarang perlu untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih cekap dan prihatin serta bebas rasuah.

Muhyiddin berkata beliau tidaklah seperti Barisan Nasional (BN) yang menekan perdana menteri supaya segera membubarkan Parlimen, tetapi terfikir mungkin itu jalan yang ada untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin berkata selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan namun semua itu tidak dipedulikan perdana menteri.

Muhyiddin memberi contoh isu kejatuhan nilai ringgit, yang katanya tidak dipandang serius oleh kerajaan.

“Perdana menteri tidak tampil menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit. Malah dikatakan ini bukan masalah besar.

“Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay (seolah-olah semuanya okay).

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya.

Muhyiddin yang juga pernah jadi menteri pertanian mengingatkan Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan.

“Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion. Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Adakah ini okay? Tidak, ini tidak okay.

“Nampaknya, perdana menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting,” tambahnya.

Tanpa menyebut laporan kajian yang dirujuknya, Muhyiddin berkata hanya 35% rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini sementara hanya 18% puas hati dengan pengurusan ekonomi negara.

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ini dua hari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan pendirian Barisan Nasional (BN) mahu Parlimen segera dibubarkan untuk PRU15.

Kelmarin, pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda BN, perdana menteri membayangkan tarikh pembubaran Parlimen bagi PRU15 sudah dekat.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata beliau dan pimpinan tertinggi Umno akan segera berbincang mengenai tarikh pilihan raya umum itu.

Muhyiddin meletak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, 2021 selepas Zahid mengetuai sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepadanya di Dewan Rakyat.

Beliau digantikan oleh Ismail Sabri, yang kemudian membentuk jemaah menteri yang turut dianggotai wakil dari Bersatu yang diketuai Muhyiddin.

Mandat Parlimen sekarang berjalan sehingga pertengahan Julai 2023. – 19 September, 2022.

NAK BETULKAN

EKONOMI SENANG

AMIN

KURANGKAN

BEREBUT KUASA

AMIN

TUMPU IDEA

BERSAMA BUKAN

GADUH NAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

LANCAR KEMPEN 

BUMI HIJAU 

UNTUK 

BEBAS DARI

IMPOT MAKANAN

AMIN

KEMPEN TANAM

MAKANAN

AMIN

TANGKAP

PERASUAH DAN

PEMBERI RASUAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kata ekonomi kita making baik ..nganggur dah kurang ..pokojo gomen yg dah ado gaji naik lagi gaji ..tapi X7 ..ngapo ado rakyat Malaya poey Kambuja charik kojo ..Kambuja lobih maju ko .. ..makin banyak mondo yang tak kono nih ..