Jumaat, 2 Disember 2022

BN - PH TANDA KERJA SAMA


BN bakal beri laluan calon Pakatan di Padang Serai

Calon BN untuk pilihan raya 7 Disember nanti ialah C Sivarraajh daripada MIC.

Pemimpin MIC berkata keputusan itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi selepas perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

BN adalah rakan kongsi dalam kerajaan pusat yang dibentuk oleh PH dengan Anwar sebagai perdana menteri.

“Penarikan diri akan membolehkan calon PH mendapat peluang lebih besar untuk memenangi kerusi ini,” kata seorang pemimpin MIC.

Bagaimanapun calon MIC itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Beliau sebelum ini berkata tidak sepatutnya diminta menarik diri kerana sudah tiga tahun bekerja di kawasan itu.

“Tetapi MIC tiada pilihan. Mengikut persefahaman dengan PH dan Anwar, kita perlu memberi laluan,” kata pemimpin MIC itu yang enggan dikenali.

Sementara itu, seorang pemimpin MIC Kedah berkata mereka diberitahu malam tadi untuk memberi laluan dan berusaha untuk memastikan PH menang.

“Kami kecewa tetapi kami akan berusaha demi BN,” kata seorang pemimpin tempatan.

Sebelum ini, Warisan turut menarik diri daripada pertandingan. Warisan, seperti BN, adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan pimpinan Anwar. 

Ketika BN memberi laluan kepada PH di Padang Serai, sebaliknya berlaku di Tioman, dengan PH menarik diri demi kemenangan untuk BN.

Pilihan raya kedua-duanya pada 7 Disember susulan penangguhan PRU pada 19 November berikutan kematian calon di kerusi masing-masing. 

Calon PH Padang serai, M. Karupaiya meninggal dunia beberapa hari sebelum pengundian, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Tioman, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia akibat lemah jantung pada pagi pilihan raya.

Sementara itu, Mohamad Sofee Razak daripada PH kini akan berdepan Azman Nasruddin daripada PN, Hamzah Abd Rahman daripada Pejuang, dan calon bebas Sreanandha Rao.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata keputusan menarik diri daripada pilihan raya Tioman adalah selaras dengan kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan dan negeri.

Sebelum ini, Fadzli Ramly daripada PH menyatakan kesediaannya memberi laluan kepada Johari Hussain daripada BN, yang akan berdepan calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A. Bakar daripada Pejuang dan calon bebas Sulaiman Bakar bertanding di kerusi DUN itu. – 2 Disember, 2022.


WOIT

INI TANDA ADA

KERJASAMA

KHALAS

Tiada ulasan: