Jumaat, 2 Disember 2022

PAS TAKUTKAN SEMUA ORANG


Sikap ekstrem Pas cetus keresahan orang Melayu – Faiz

KUALA LUMPUR – Pas didakwa meneruskan sikap ekstrem pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini dengan membuat pelbagai tuduhan berunsur fitnah termasuk menuduh Pakatan Harapan (PH) membawa agenda kristianiasi dan komunisme.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, tuduhan tersebut dibuat bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu sehingga mencetuskan gelombang hijau.

Menurut beliau, Pas tidak lagi berhujah atas fakta tetapi atas sentimen dan apa sahaja dakwaan yang dibuat tiada asas fakta tetapi orang Melayu ditakutkan dengan objek yang abstrak kononnya mereka hilang kuasa.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak istimewa orang Melayu tetap dipertahankan dan tidak boleh diubah kerana ia adakah struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan adalah kontrak sosial dan ia mengikat hubungan sesama kaum dalam negara ini. Sebarang pindaan pula memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan memerlukan perkenan Majlis Raja-raja dan sebab itu, struktur asas ini kekal selagi ada bulan dan bintang,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Faiz memberitahu, kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menyaksikan Ahli Parlimen berketurunan Melayu merupakan golongan yang paling ramai.

Beliau menambah, sentimen takut kepada DAP hanyalah satu permainan politik sedangkan parti itu turut mempunyai empat Ahli Parlimen berketurunan Melayu.

“Jika benar sekali pun Melayu ketinggalan, ia adalah disebabkan kedudukan sosio ekonomi dan pendidikan Melayu yang tidak setaraf.

“Perlantikan Anwar yang memperjuangkan agenda reformasi dilihat mampu mengubah kedudukan ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, Faiz meminta Pas untuk merenung kembali pendekatan politik yang diamalkan bekas Presidennya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang terbuka dan sederhana.

Menurut beliau, Allahyarham amat berhati-hati menjaga sensitiviti kaum dan berusaha keras menjauhkan Pas daripada fahaman ekstrem.

“Ketika berlaku kejadian serangan kumpulan Al-Maunah di Sauk, Almarhum dengan bijak berjaya mengelak persepsi kaitan Pas,” katanya.

Hakikatnya, Faiz berkata, pendidikan dan ekonomi Melayu yang perlu dipulihkan dan usaha itu perlu dilakukan secara objektif tanpa dipesongkan dengan propaganda perkauman yang dimainkan Pas.

“Pas perlu bersama membina negara dengan menjadi pembangkang yang konstruktif untuk menjadi semak imbang yang matang dan sejahtera dan berhenti meniup api perkauman bagi mengelak sebarang ketegangan kaum,” katanya.


WOIT

PAS BUKAN

HANYA TAKUTKAN

MELAYU

KAH KAH KAH

SEMUA ORANG

TAKUT

AMIN

ORANG BERUNAI

PUN TAKUT

AMIN

GAYA HIDUP

MELAYU NAK

DI UBAH JADI

GAYA HIDUP

ARAB

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malay and amok tiada la berpisah sejak zaman berzaman.kini dijampi dimantera dgn ayat2 allah.pembunuhan pemyembelihan kafir harbi mjd titip dilidah.walhal mrk solat, walhal mereka hafiz hafaz quran dan hadis.barangkali mrk berubah setelah bertahun lama menuntut ilmu di universiti mekah dan madinah.mrk berasa seolah2 mereka golongan terpilih dan org yg tidak terpilih itu persis babi yg bole disembelih suka2hati..islam apakah ini.dinegerinya, rakyatnya diperketat dgn hukum hakam sehinggakan rakyatnya keluar ke barat utk berfoya2 dan melempiaskan nafsu serakah.islam apa ni.? islam yg lebih islam dari arab? mengapakah nabi tidak turun dibumi melayu , agar mudah dijual nama nabi melayu..apakah sultan yg dibawahnya terdapat agama islam ni tidak terasa, tidak terjejeas atau mrk menutup mata dan pekak kan telinga..