Jumaat, 2 Disember 2022

TER NOWW - ANWAR JUMPA AGONG

 




PM Anwar menghadap Agong pagi ini

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Anwar dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 1 pada 8.22 pagi.

Selepas sesi menghadap hampir sejam, beliau kemudian beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 9.15 pagi. 

Anwar dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 10 pagi.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat dan beliau akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 8 pagi hari ini. – Bernama, 1 Disember, 2022.

NAMA MENTERI?

NAMA ZAHID?

JENG JENG JENG

KHALAS


Tiada ulasan: