Jumaat, 16 Disember 2022

MUFAKAT NASIONAL MASIH KETAT


Zahid tak lupa Kelantan meskipun berbeza fahaman politik

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tidak melupakan kerajaan negeri Kelantan meskipun terdapat berbeza fahaman politik.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas,  Mohd. Khairuddin Wal Audi Al-ketatili berkata, Muafakat Nasional (MN) yang mengikat Pas dan UMNO masih belum dirungkai secara rasmi


Malah, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyatakan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepadanya pada Isnin lalu bahawa ‘kita perlu melangkaui parti meskipun pembangkang apabila melibatkan khidmat kepada rakyat’.

“Semalam beliau (Zahid) terjemahkan kata-kata tersebut dengan turun ke Kelantan dan mengumumkan peruntukan banjir bersama kerajaan negeri Kelantan demi rakyat.

“Insya-Allah budaya politik perpaduan dan damai menjadi amalan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Semalam di Rantau Panjang, Kelantan, Ahmad Zahid mengumumkan Kerajaan Peraduan akan meneruskan projek tebatan banjir yang telah diluluskan oleh pentadbiran sebelum ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh. 



WAL AUDI

AL KETATI

MASIH TERINGAT

MUFAKAT NASIONAL

KAH KAH KAH

KEMUT MUFAKAT

CUKUP KETAT

HINGGA  LEKAT

DALAM INGATAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: