Selasa, 24 Januari 2023

DILEMA PARTI PAS


PAS intai tarikh awal Mei untuk PRN


PAS mungkin akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di tiga negerinya pada awal Mei sebelum jemaah haji berangkat ke tanah suci, kata beberapa sumber dalam parti.

Mereka mendedahkan kepada The Malaysian Insight, tempoh tersebut paling sesuai selepas mengambil kira faktor pengundi Islam yang akan menunaikan ibadah haji pada Julai ini.

Selain itu, PAS juga mempertimbangkan perkembangan dalam Umno yang bakal mengadakan pemilihan parti dalam tempoh terdekat.

Seorang sumber dalam parti yang tidak mahu dinamakan berkata tarikh khusus bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana masih dalam perbincangan dan kajian oleh pemimpin terlibat.

“PAS mempertimbangkan PRN (pada) Mei. Ini dilihat paling sesuai kerana mengambil kira tempoh sebelum pengundi Islam menunaikan ibadah haji iaitu pada hujung Mei sehingga Julai.

“Tapi ia masih lagi dalam peringkat perbincangan kerana pimpinan masih lagi sedang memperhalusi perkara-perkara yang lain juga,” katanya.

Kumpulan pertama jemaah haji yang menggunakan penerbangan kendalian Tabung Haji dijadual berlepas pada 21 Mei dan kumpulan terakhir dijadual pulang ke Malaysia pada 2 Ogos.

Lebih 31,000 jemaah Malaysia dijadual mengerjakan wukuf pada 27 Jun, berdasarkan maklumat Tabung Haji.

Mengulas lanjut, sumber juga tidak dapat menjangka tempoh untuk memuktamadkan tarikh PRN berkenaan bagi tiga negeri dikuasai PAS – Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada masa sama sumber itu berkata keputusan tarikh pembubaran DUN itu diserahkan kepada menteri besar tiga negeri tersebut.

Ketika ditanya sama ada tarikh PRN itu dibincangkan semasa pemukiman PAS pada minggu lepas di Kuala Terengganu, sumber memberi jawapan negatif.

“Kita tidak ada bincang mengenai tarikh PRN dalam pemukiman kerana itu perlu dibuat dalam mesyuarat.

“Perbincangan kita dalam pemukiman hanya melibatkan strategi parti berdepan PRN dan perjalanan urusan parti sahaja,” kata sumber itu yang turut menghadiri pemukiman tersebut.

Seorang lagi sumber dalam parti turut mengesahkan kecenderungan PAS mengadakan PRN pada Mei.

Pemimpin kanan PAS itu yang tidak mahu namanya didedahkan berkata tempoh itu dipertimbangkan kerana mahu menunggu perkembangan pemilihan Umno terlebih dahulu.

Pemilihan tersebut perlu diadakan sebelum 19 Mei – dalam tempoh enam bulan selepas PRU15 berlangsung pada 19 November lalu.

“Tapi itu cuma faktor kecil sahaja. Sebenarnya terdapat ada juga cadangan mengadakan PRN lebih awal tapi mengambil kira kesesuaian lain, Mei adalah pilihan terbaik.

“PAS juga tidak perlu terikat dengan PH untuk mengadakan PRN serentak kerana segmen pengundi negeri di bawah pentadbiran PAS dan PH berlainan,” katanya.

Semalam presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata tarikh pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PAS tidak tertakluk kepada keputusan Pakatan Harapan (PH).

Hadi yang juga timbalan pengerusi PN itu berkata PN antara lain mengkaji kesan kepada pengundi, pengundi luar, mahasiswa dan juga pengundi muda dalam menentukan tarikh itu.

Selain itu, PN juga mengkaji faktor perayaan dan cuti umum dalam memutuskan tarikh tersebut, katanya.

Pada Disember lalu, Hadi menimbulkan tanda tanya kerana membangkitkan persoalan mengenai beban dosa ditanggung jemaah haji sekiranya tidak mengundi.

“Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan,” katanya dalam tulisan disiarkan Harakahdaily.

Perkembangan ini berlaku sewaktu pemimpin PH berusaha untuk berunding dengan gabungan tersebut untuk membolehkan PRN dapat dijalankan serentak di enam negeri.

Tiga negeri yang dikuasai PH – Melaka, Selangor dan Pulau Pinang juga perlu mengadakan PRN pada tahun ini kerana ia tidak diadakan serentak dengan PRU15.

Mandat kerajaan di kesemua enam negeri itu secara umumnya berakhir sekitar hujung Jun dan awal Julai kecuali DUN Pulau Pinang yang berakhir 1 Ogos.

PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas mandat tersebut berakhir di setiap negeri.

Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar pula menjangka tempoh selepas bulan Mei waktu terbaik untuk mengadakan PRN di enam negeri terbabit.

Menurutnya ia akan membolehkan SPR menguruskan PRN itu dengan lebih selesa dan lancar selain mengambil kira faktor ibadah haji pada hujung Jun.

Berdasarkan pengalamannya, SPR belum tentu boleh mendapatkan khidmat pegawai dan sukarelawan pilihan raya sama yang bertugas pada PRU15 lalu.

Wan Ahmad juga berharap kesemua enam pilihan raya negeri itu dapat dijalankan serentak untuk memudahkan pengurusan serta menjimatkan kos. – 24 Januari, 2023.



WOIT

INI DILEMA

UNTUK PAS

KAH KAH KAH

PENGUNDI

NAIK HAJI

BERDOA DEPAN

BATU ITAM

PASTI MENANG

BESAR

AMIN

TAPI BUAT PRN

MUSIM AJI

RAMAI PENGUNDI

HILANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: