Selasa, 24 Januari 2023

SEMUA TAKUT PADA TALIBAN



DPPS minta PH henti tanam persepsi Pas parti rasis

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPS) meminta pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghentikan cubaan menanam persepsi buruk kononnya parti itu rasis atau berpura-pura menerima pelbagai kaum.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, kalau Pas rasis, tidak mungkin parti itu mempunyai cabang Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang mengumpul ramai penyokong bukan Melayu.

Bahkan, kata beliau, menantu Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang dari bangsa Cina dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjaya Pas Selangor juga bukan Islam.

“Tahukah mereka, kanak-kanak prasekolah milik Pas iaitu PASTI pun dididik supaya menghormati kawan pelbagai kaum

“Setiap tahun, kanak-kanak ini akan ziarah tadika Cina dan jiran tetangga terdekat dari bangsa Cina dengan memberikan hadiah limau, angpau dan lain-lain.

“Bahkan, ada sekolah Pas mengajarkan bahasa Mandarin sebagai subjek pembelajaran,” katanya dalam kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Sukri, apabila Pas memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu, bukan bermaksud rasis, tetapi mempertahankan hak itu adalah kewajipan.

Kata beliau, kalau Pas mempertahankan hak dikatakan rasis, bagaimana pula dengan perjuangan pihak tertentu mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan lain-lain yang dianggap hak bagi bukan Melayu?

“Hentikanlah cubaan menanamkan persepsi buruk terhadap Pas. Bahkan PH cuba membawa naratif Pas rasis dan ekstrem, sedangkan DHPP jawapan kepada Pas tidak rasis, manakala penyertaan Pas dalam demokrasi adalah bukti Pas tidak ekstrem.

“Mereka lebih seronok orang bukan Melayu takutkan Pas dari isu rasuah, kerana itu mereka menghalalkan tindakan berpeluk dengan kleptokrat. Orang bukan Melayu tidak pernah ditindas di bawah negeri yang diperintah oleh Pas.

“Bukalah mata dan hati untuk memandang dan berfikir lebih rasional dari ditipu serta menjadi mangsa PH,” katanya. 


RASIS NI

MEMANAG RASIS

KAH KAH KAH

YANG PALING

DITAKUTI

IALAH PERANGAI

YG KLIM

AGAMA DIA

SAJE YANG BETUL

SAMA MACAM

ZIONIS KLIM

KHALAS

YANG DITAKUTI

IALAH TALIBAN

OPPS.. TALIPAS

KHALAS

ITU SEBAB

RAJA MELAYU

SOKONG TUBUH

KERAJAAN

 PERPADUAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: