Isnin, 9 Januari 2023

KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB


Tugas kami selesai, terpulang kepada Najib fail petisyen ke PBB, kata ketua hakim 

PETISYEN difailkan Najib Razak kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD), yang memohon agar beliau dibebaskan daripada penjara atau kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya dibicarakan semula, tidak menjejaskan badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya pada 23 Ogos tahun lepas, “terserahlah kepada Najib” untuk mengambil apa-apa tindakan.

“Tugas kami sudah selesai. Kami telah melaksanakan tanggungjawab kami dari segi memutuskan kes itu. Apa sahaja yang beliau mahu lakukan, apa sahaja jalan yang beliau mahu lalui, itu di luar kuasa kami,” kata beliau pada sidang media selepas berucap pada majlis perasmian Tahun Undang-undang 2023, di Putrajaya hari ini.

Minggu lepas, bekas perdana menteri, melalui Tetuan Shafee & Co, memfailkan petisyen di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang akhbar bahawa anak guamnya memfailkan petisyen itu untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula susulan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bercanggah dengan peraturan keadilan antarabangsa.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International. – Bernama, 9 Januari, 2023.


HAK NAJIB

UNTUK RAYU

P.B.B.

AMIN

INI TIDAK SALAH

TAPI...

JENG JENG JENG

APAKAH ADA

PROJEK SULIT

UNTUK BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

BANGSA BESAATU

HANYA SANDIWARA

JENG JENG JENG

UNTUK KABUR

MATA RAKYAT

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gwa layan ceramah ustaz pn, kononnya Zahid akan bebas kalau undi PH.... Pointnya ialah Zahid dengan Anwar ada pakatan.... Jadi gwa pun turun undi,benamkan izzah....gwa taknak penyamun bebas....tapi sekarang gwa baru terpikiaq,,kenapa nama Najib langsung tak disebut? Dan kenapa jugak takdak sorang pun yb ulas kes Najib dan bik mama selain Anwar? Ada apa apa kah yang gwa tertinggal??

Tanpa Nama berkata...

Ironinya ada geng tu melangkah sampai ke London? Jumpa peguam diraja tak? Tanya saja , jangan marah pulak. Kahkahkah

Jamil berkata...

Brader sham, aku nak tanya...siapa yang nak sangat bebaskan bosskurap? Pm10 atau pembangkang? Yang aku pasti, Zahid memang taknak.

Tanpa Nama berkata...

Ada eloknya jugak bebas. Boleh kita semua tengok apa jadi dekat Pas dekat Midin dekat Anwar dekat ph. Siapa yang untung siapa yang rugi. Siapa yang tentang siapa yang berkerjasama.