Isnin, 9 Januari 2023

NGO KAKI RASUAH



SPRM tahan bekas pengerusi NGO kes tuntutan palsu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengerusi dan seorang bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000, dua tahun lepas.

Menurut sumber, bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor di Johor Bahru antara 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, kira-kira penghujung Januari 2021, mereka mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru, bagi kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan,” menurut sumber.


Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan kedua-dua penahanan itu.

“Kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama, 9 Januari, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

DAH BERAT

KAH KAH KAH

NGO PUN

PANDAI RASUAH

KAH KAH KAH

PANDAI BUAT

KLIM

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Meh berkata...

termasuk ngo ebit liew ka????