Jumaat, 17 Februari 2023

KAUM MANA DI BELAKANG KERAJAAN


AWAS !!!

Belanjawan 2023 mesti untungkan B40, bukan golongan kaya, kata pakar ekonomi


BELANJAWAN 2023 yang akan dibentang semula hari ini tidak harus mengulangi kesilapan belanjawan yang dibentang oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lepas yang hanya menguntungkan golongan kaya, kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.

Belanjawan asal yang dibentang oleh kerajaan bekas perdana menteri Ismai Sabri Yaakob itu tidak bertanggungjawab kerana ia tidak mengutamakan golongan B40, tambahnya.

“Bajet ini jangan buat macam bajet tahun dulu. Bajet tahun dulu adalah bajet tidak bertanggungajwab, itu adalah bajet pilihan raya. 

“Ini tidak patut diulang. Bajet tahun lepas adalah untuk bajet orang kaya,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Muhammed menyenaraikan beberapa kelemahan belanjawan yang dibentang beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk subsisi minyak dan kenaikan had caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.

“Berapa ramai ada RM100,000 ribu ini? Hanya 15% ada RM100,000. Majoriti tak ada duit.

“Dividen tinggi dan ada jaminan minimum – itu manfaat simpanan KWSP. Manfaat hanya untuk orang kaya.

Beliau selain itu mempersoalkan langkah kerajaan terdahulu untuk menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 daripada RM00,000 kepada RM300,000 bermula tahun ini. 

“Berapa ramai orang melayu ada RM20,000 dalam ASB? Daripada 100 orang Melayu mungkin ada 4 orang. 

“Kenaikan ini untuk rakyat yang ramai atau untuk si kaya?” soalnya.

Muhammed pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga berkata insentif cukai yang diumum kerajaan Ismail Sabri tahun lalu tidak membantu golongan miskin negara ini.

“Bajet pun kata pengecualian duti import dan eksais ke kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan. You beli Myvi, you bayar cukai. Orang susah pakai Myvi bayar berapa? You beli Porsche EV you bayar cukai berapa? Kosong.

“Pada masa yang sama, cukai sebanyak 10% untuk barangan berharga bawah RM500 yang dibeli dalam talian akan dikenakan mulai 1 April. Orang susah beli online masih nak kutip cukai 10%. Kerajaan dijangka boleh kutip lebih kurang RM200 juta setahun. 

“Kerajaan tak kutip cukai daripada penjualan EV lebih kurang RM400 juta. Daripada rakyat miskin yang ramai kerajaan nak kutip RM200 juta. Masuk akal tak? Tak masuk akal,” katanya.

Melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan Oktober tahun lalu, kerajaan melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) sehingga 31 Disember 2024.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga mengesahkan kerajaan akan mula melaksanakan cukai jualan sebanyak 10% ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli secara dalam talian berkuat kuasa 1 April 2023 dan seterusnya.

Belanjawan 2023 yang disediakan kerajaan Ismail Sabri tidak sempat dibahas dan diluluskan sebelumParlimen dibubarkan pada 10 Oktober tahun lalu bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan. 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani petang ini.

Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentang di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Beliau sebelum ini berkata belanjawan tersebut prihatin terhadap kebajikan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan B40.

Belanjawan yang berkesan

Muhammed berkata belanjawan yang berkesan memerlukan kerajaan melakukan pembaharuan dari segi perlindungan sosial dan bantuan sosial yang memberi manfaat kepada golongan miskin.

Memberi bantuan kepada golongan miskin katanya adalah pelaburan untuk masa depan.

“Contohnya, bantuan tunai daripada duit subsidi minyak tidak boleh dibuat sekali gus. Kita salurkan kepada golongan susah. 

“Anak yang baru lahir 100 hari, kita beri bantuan. Orang yang tiada kerja, orang tua kita bagi bantuan. Ini bukan bantuan, ini adalah pelaburan untuk masa hadapan,” katanya. – 24 Februari 2023. 

AWAS !!!

SIAPA DI BELAKANG

KERAJAAN

AMIN

CUKONG?

TOWKAY JUDI ?

TOWKAY LENDIR?

KEPALA SAMSENG?

KONTREKTOR ?

PEMAJU ?

ORANG TENGAH

JUAL BELI SENJATA

SAPA SAPA

AMIN

ATAU 

KAUM BURUH

KAUM  TANI

PENIAGA KECIL

MAK CIK WARUNG

PAK CIK FELDA

AMIN

SUARA SAPA

LEBIH DIDENGAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: