Selasa, 28 Februari 2023

KES NAJIB - SEBELUM AKHIR BULAN TIGA



Semakan Najib diputuskan sebelum akhir Mac, kata Mahkamah Persekutuan

MAHKAMAH Persekutuan menangguhkan sehingga bulan depan untuk memberikan keputusan terhadap permohonan Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel lima hakim berkata mahkamah akan memberikan keputusannya sebelum 31 Mac ini.

“Kami tidak dapat memberikan keputusan hari ini. Ia akan diputuskan kemudian.

“Semua pihak yang terlibat akan dimaklumkan,” katanya, pada penghujung perbicaraan semakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.

Najib mahu Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan panel lain mahkamah yang sama pada Ogos 2022 yang menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB itu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Permohonan untuk semakan semula ini juga didengar oleh panel lima hakim yang turut disertai tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Vernon Ong Kiat, Rhodzariah Bujang, dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais. – 28 Februari, 2023.

BULAN TIGA

KEPUTUSAN

DIBUAT

AMIN

MAKNANYA

ADA SEBULAN

UNTUK NAJIB

MERANCANG

JENG JENG JENG

SEBULAN BANYAK

HAL BOLEH

BERLAKU

JENG JENG JENG

KES ZAHID BILA

PULAK ?

JENG JENG JENG

ROSMAH BILA

NAK MASUK JIL

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: