Selasa, 28 Februari 2023

RASUH BULANAN DARI TOWKAY LENDIR


Rasuah: 10 individu termasuk penjawat awam direman 5 hari

SEPULUH individu termasuk penjawat awam dan pemilik bot nelayan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan sejak lebih lima tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita yang berumur lingkungan 26 hingga 57 tahun itu selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lima daripada mereka ialah penjawat awam yang merupakan kakitangan Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semalam, media melaporkan berpuluh kakitangan dan pegawai penguat kuasa dipercayai menerima suapan secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu dengan kegiatan itu berjaya dikesan berikutan risikan SPRM terhadap tiga agensi kerajaan berkenaan.

Laporan itu menyebut kakitangan tiga agensi tersebut dipercayai menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan, dalam bentuk wang tunai.

Risikan telah dilakukan SPRM sejak beberapa bulan lalu terhadap semua agensi itu terutama di negeri utara tanah air iaitu di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selain turut melibatkan Pulau Langkawi. – Bernama, 28 Februari, 2023.

INI HEBAT

TOWKAY LENDIR

BERI  RASUAH

OPPS... SILAP

ISTILAH HADI

BERI SEDEKAH

TIAP BULAN

AMIN

INI SEDEKAH DARI

TOWKAY LENDIR 

AMIN

ADA TOWKAY

LENDIR HIDUP

DI BUKIT BINTANG

AMIN

INI TOWKAY LENDIR

IKAN MATI

DAH BERLENDIR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: