Jumaat, 24 Februari 2023

PROJEK BEBASKAN NAJIB



SPRM serah laporan berkait Mohd Nazlan kepada ketua hakim, kata Azalina

LAPORAN Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009 diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman berkata SPRM memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Februari 2023.

Bagaimanapun katanya tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut dimaklumkan dalam surat itu.

Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kesalahan.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Fasal 3 Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang termasuk seorang hakim, jika keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan berkenaan.

“Bagaimanapun kerajaan tidak akan campur tangan kuasa Peguam Negara atau Pendakwa Raya,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini. 

Pada 23 April  tahun lepas akhbar tempatan melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara tersebut.

Mohd Nazlan yang mendengar kes Najib Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, juga membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April 2022 memaklumkan Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim, serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Sementara itu menyentuh cadangan penggubal Akta Perkhidmatan Parlimen atau Akta Suruhanjaya Parlimen, Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM sedang memuktamadkan dasar dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.

Beliau berkata usaha tersebut menjadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.

Beliau berkata Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara itu akan dibentangkan di Kabinet dalam masa terdekat. – Bernama, 23 Februari, 2023.


INI PROJEK

NAK BEBASKAN

PENCURI BERNAMA

NAJIB NAZAK

AMIN

APAKAH ADA

RACANGAN SDGN

DI ATUR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: