Khamis, 30 Mac 2023

BAHAYA DENGGI SUDAH SAMPAI



Kes denggi dijangka melonjak tahun ini


DATA menunjukkan epidemik denggi akan memuncak di Malaysia tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata wabak denggi mengikut corak kitaran dengan epidemik yang dilaporkan setiap empat hingga lima tahun.

“Kes denggi sedang tinggi tahun ini kerana ia sebahagian trend kitarannya dan dijangka memuncak pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Peningkatan jumlah kes denggi turut berlaku disebabkan perubahan dalam dominan serotip denggi atau ‘peralihan serotip’ yang diketahui menjadi sebab berlakunya lonjakan denggi.

“Kes denggi biasanya akan meningkat antara empat hingga enam bulan selepas peralihan serop kerana kurangnya imuniti dalam masyarakat terhadap serotip dominan baharu itu.”

Katanya, epidemik denggi berlaku pada 2014 dan 2019 dengan purata 2,300-2,500 kes sehari.

Kenyataan itu dibuat susulan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 26,222 kes denggi dilaporkan sejak bermulanya 2023, berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kematian akibat denggi juga meningkat 17 kes berbanding empat bagi tempoh sama 2022.

Dr Noor Hisham berkata perubahan iklim juga menyumbang kepada peningkatan kes itu.

“Pada musim hujan, bekas buatan manusia atau tempat semulajadi contohnya daun pokok yang menampung air, akan menjadi tempat berpontesi untuk nyamuk Aedes membiak.

“Selain itu, ketika musim panas, nyamuk Aedes jadi bertambah aktif dan gigit lebih banyak manusia, menjadikan penularan virus denggi,” katanya.

Katanya, lonjakan kes denggi turut dilaporkan di beberapa negara lain di rantau ini. – 30 Mac, 2023.

SERANGAN VIRUS

WUHAN BELUM

SELESAI

AMIN

KINI NYAMUK

DENGGI PULAK

SAMPAI

AMIN

HATI HATI

JAGA JAGA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: