Jumaat, 7 April 2023

AWAS ! PERANGKAP HUTANG CHINA MERAH



Siapa biaya bahagian Malaysia bagi projek landasan keretapi ke Kunming?

MINAT Malaysia untuk turut serta dalam projek landasan keretapi trans-Asia mungkin dialu-alukan komuniti perniagaan, tetapi pakar melontarkan soalan:”Siapa yang akan membiayai bahagian Malaysia dalam laluan itu?”

Singapura mencadangkan pembinaan projek Rangkaian Landasan Singapura Kunming (SKRL) untuk menghubungkan republik itu dengan Kunming, bandar China di bahagian barat daya negara itu.

Landasan itu akan merentasi Malaysia dan Malaysia sendiri berkata ia berminat untuk turut serta dalam pembinaan rangkaian itu.

Pakar ekonomi mahu kepastian sama ada China akan membiayai projek itu atau kontrak akan diberikan kepada sektor swasta, kerajaan atau kerjasama awam-swasta (PPP).

Mereka berkata jika Malaysia yang perlu membiayainya, soalan seterusnya ialah:”Dari mana sumber pembiayaan projek itu?”

Antara yang menyokong projek itu ialah Pengarah Eksekutif SERC Lee Heng Guie yang berkata rangkaian landasan itu akan membawa pembangunan positif kepada jaringan pengangkutan negara.

Lee berkata jaringan landasan keretapi kargo ke China akan memberi satu lagi pilihan kepada pengeksport, selain menggunakan laluan udara dan laut seperti yang ada pada masa ini.

“Ia cadangan yang baik. Tetapi siapa yang akan membiayai pembinaannya?

“Itu yang membimbangkan saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan berharap untuk meluaskan lagi rangkaian landasan keretapi pada masa depan.

Laluan landasan itu adalah sebahagian daripada prijek Landasan Keretapi Trans-Asia yang dimulakan oleh China di bawah inisiatif Jalur dan Laluan.

projek simbolik kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI),

rangkaian itu akan menghubungkan Kunming dengan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Laos, Thailand, Kemboja, Malaysia dan Singapura, bagi memperluaskan dagangan antarabangsa.

China pada Disember lalu menyiapkan laluan landasan Sino-Lao yang menghubungkan Kunming dengan Vientiane dengan kos AS$5.9 bilion (RM26.453 bilion).

China membiayai 60% projek itu dengan pinjaman AS$3.5 bilion (RM15.692 bilion) dari bank Export-Import Bank of China dan sebahagian lagi ditanggung Laos, menyebabkan negara itu berada dalam tekanan kewangan yang serius.

Isu teknikal

Penganalisis politik di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun turut mengemukakan persoalan yang sama.

“Adakah Malaysia akan keluarkan perbelanjaan untuk penyertaannya dalam projek itu?”

Oh berkata kos yang tinggi akan memberikan beban kewangan kepada negara yang berminat seperti Thailand dan Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan beberapa isu berkaitan projek landasan keretapi itu.

Antara soalan yang perlu diberi perhatian ialah adakah barangan yang diangkut menerusi keretapi itu akan bebas cukai memandangkan banyak negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, sudah menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) – perjanjian dagangan bebas yang akan mencipta blok dagangan terbesar dunia.

Beliau turut bertanya tentang rangka masa projek itu – bila landasan laluan Malaysa-Kunming akan bermula?

“Saya percaya semua soalan ini perlu dijelaskan terlebih dulu sebelum pelaksanaan projek yang dicadangkan itu,” katanya. – 7 April, 2023.

AWAS !!!

PERANGKAP HUTANG

CHINA MERAH

AMIN

PELABUHAN GWADAR PAKISTAN JADI

HARTA CHINA

BUKTI PERANGKAP

HUTANG

AMIN

SRI LANGKA

TERGADAI TANAH

SELUAS  MELAKA

SELAMA 99 TAHUN

AMIN

TANAH MELAYU

AKAN  TERGADAI

PADA CHINA MERAH

JIKA TIDAK WASPADA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: