Jumaat, 7 April 2023

PENDATANG HARAM BOLEH DI HALALKAN


Rumah kampung bongkar pusat transit PATI warga Myanmar

MELAKA – Sebuah rumah papan yang selama ini dianggap tidak berpenghuni di Kampung Pengkalan Rama Tengah di sini rupanya menjadi pusat transit pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.

Aktiviti haram itu terbongkar selepas rumah berkenaan diperiksa sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem selepas mendapat aduan pada pukul 2.45 petang semalam.

Menurutnya, beliau ketika itu sedang meninjau isu pakir di jalan kampung berkenaan bergegas ke lokasi apabila mendapat panggilan daripada pengadu yang memberitahu kehadiran ramai warga asing memasuki premis berkenaan.

“Sebaik sahaja memberi salam dan menjenguk ke dalam rumah, saya terkejut melihat ramai orang termasuk lima wanita sedang duduk di atas lantai selain terdapat puluhan beg besar seolah-olah mereka baharu tiba.

“Bilangan mereka terlalu ramai sekitar 30 orang menyebabkan saya berasa takut dan segera menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd Noor Helmy, tidak lama kemudian, beberapa anggota polis dan penguat kuasa daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka tiba untuk membuat pemeriksaan.

“Sebelum itu, saya ada berbual dengan mereka namun warga Myanmar itu tidak memahami Bahasa Melayu dan kumpulan wanita hanya mampu menangis merayu dilepaskan.

“Saya difahamkan, semua 31 warga asing itu dalam proses untuk dihantar bekerja di sebuah kilang penyaman udara di sini yang mana 27 daripada mereka terpaksa ditahan kerana memasuki negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.



WOIT

TAK PERLU TAHAN

BERI MEREKA

KEBENARN UNTUK

JADI PEKERJA

AMIN

MASUK LOKAP

KENA BELANJA

AMIN

HANTAR PULANG

 LAGI BELANJA

AMIN

PENDATANG HARAM

BOLEH DI HALALKAN

AMIN

KITA TAK PERLU

KELUAR MODAL

KHALAS

Tiada ulasan: