Jumaat, 7 April 2023

SPRM TAKDA HAK !!!



SPRM tiada kuasa siasat hakim, kata bekas-bekas presiden Majlis Peguam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan pandangan kepada ketua hakim berkait dakwaan pelanggaran kod etika oleh hakim kes SRC International Mohamad Nazlan Ghazali, kata bekas-bekas presiden Majlis Peguam.

“SPRM hanya ada kuasa menyiasat dakwaan rasuah dan perkara berkaitan dengannya. Ini jelas termaktub dalam Akta SPRM.

“SPRM tiada sebarang kuasa waima bidang kuasa untuk menyiasat, apatah lagi membuat sebarang penemuan atau pandangan dakwaan konflik kepentingan dalam hal mahkamah dan pelanggaran etika kehakiman,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu ditandatangani oleh V.C. George, Param Cumaraswamy, Zainur Zakaria, Cyrus Das, Mah Weng Kwai, Kuthubul Zaman Bukhari, Yeo Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Lim Chee Wee, Steven Thiru George Varughese, Fareed Abdul Gafoor, Salim Bashir Bhaskaran dan A.G. Kalidas.

Semalam, SPRM mendapati Nazlan yang menjatuhkan hukuman ke atas bekas perdana menteri Najib Razak mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai penghakiman kes SRC Internasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mengesahkan perkara itu melalui surat bertarikh 20 Mac kepada Shafee Abdullah peguam Najib.

Menurut Azalina SPRM mendapati Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mempengerusikan kes tersebut.

Shafee sebelumnya menulis surat kepada Azalina pada 15 Mac lalu meminta menteri itu mengesahkan perkara tersebut. – 7 April, 2023.

WOIT

PASAL PUKEE 

MAK PENCURI

NI HABIS ROSAK

LEMBAGA

KEHAKIMANAN

KHALAS

Tiada ulasan: