Ahad, 16 April 2023

CONTOH TERBAIK MADANI


Warga emas rayu diberi dokumen sah untuk ke Miri dapatkan rawatan perubatan

SELAMA 10 tahun, bekas pastor gereja Borneo Evangelical menanti untuk mendapatkan penjelasan perubatan berkenaan ketulan besar di lengan kirinya. Dan hingga kini beliau masih menanti.

Purait Arun, 75, suku Murut dari sebuah kampung di Batu Mulong, Ba Kelalan iaitu daerah paling utara Lawas di Sarawak, tidak dapat ke pusat perubatan terdekat yang boleh menjalankan ujian terhadapnya – hospital Miri terletak sejauh 258km – kerana beliau tidak mempunyai dokumen sah.

Lawas terletak di tengah-tengah antara utara Sabah dan selatannya ialah daerah Temburong, Brunei. Untuk ke Miri, beliau perlu menaiki pesawat atau melalui jalan darat, tetapi tanpa dokumen sah, beliau tidak boleh langsung melakukan perjalanan itu.

Aktivis sosial, Agnes Padan yang cuba untuk membantu Purait menjalani pemeriksaan pakar perubatan, memberitahu The Malaysian Insight, beliau memohon bantuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengeluarkan pas pelawat kepada Purait bagi membolehkannya ke Miri.

Permohonan itu ditolak.

Pada 2018, Purait yang juga paderi bersara Sidang Injil Borneo (SIB), sepatutnya ke hospital Miri untuk menjalani ujian Pengimejan resonans magnetik (MRI) dan biopsy.

“Ujian itu tidak dapat dijalankan kerana hospital membatalkan temujanji berikutan status pemastautin Purait,” kata Padan.

“Purat hanya ada kad pengenalan hijau era penjajah.”

Kad pengenalan itu dengan nombor K463989, menyatakan beliau “penduduk sementara”.

Kes Purait adalah kes klasik yang dialami ramai penduduk terutama Ornag Ulu yang tinggal di sempadan Sarawak–Kalimantan di mana penghijrahan antara sempadan adalah perkara biasa pada masa lalu.

Keadaan sama dialami penduduk pedalaman, yang berdepan masalah pengangkutan, dan tidak melaporkan kelahiran dan kematian. Jika dilaporkan, biasanya sudah terlalu lewat di mana ibu bapa yang buta hurut tidak ingat tarikh lahir anak.

Masalah ini berleluasan ketika pemerintahan penjajah British, malah ada kes berlarutan hingga ke hari ini.

Menurut Padan, Purait lahir pada 1948 di sebuah kampung di Pa’ Tawing, Ba Kelalan.

Kad pengenalan itu dikeluarkan pada 28 Februari, 1973 menyatakan tempat lahir di “Indonesia”, dan ia dibantah keluarga Purait.

“Tidak ada bukti kelahiran di Indonesia atau Sarawak,” kata Padan.

Pada 1948, dunia sedang bangkit daripada perang dunia dan Borneo baru keluar daripada pencerobohan Jepun. Malah selepas perang berakhir pada 1945, ibu bapa Purait masih tidak melaporkan kelahirannya.

Konfrontasi bersenjata dengan Indonesia pada 1963 menyukarkan lagi keadaan kepada penduduk di sepanjang sempadan Kalimatan – seperti Purait di Ba Kelalan.

Apabila Purait akhirnya melaporkan kelahirannya untuk mendapatkan kad pengenalan, beliau diberikan kad pengenalan hijau. Beliau turut diberikan sebuah “buku kecil” oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk diisi.

Masalah bermula apabila buku kecil itu hilang.

Purait yang mempunyai 10 anak semuannya rakyat Malaysia, tidak dapat mengemukakan bukti beliau dilahirkan di Sarawak. – 16 April, 2023.

INI CONTOH

TERBAIK

MADANI

KAH KAH KAH

KALAU INI

MADANI LEBIH

BAIK SARAWAK

MERDEKA

AMIN

APAKAH KERANA

DIA BUKAN ISLAM

MAKA DI NAFIKAN

HAKNYA

AMIN

INI BETUL PELIK

DILUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: