Ahad, 16 April 2023

INI BUKTI LAWAN RASUAH



Penjawat awam didakwa guna jawatan untuk dapatkan suapan


SEORANG penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas enam pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan menerusi sebut harga sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan pada tiga tahun lepas.

Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Mersing Nurul Syahirah Omar, 31, sebagai individu berkepentingan dalam Amir Barakah Enterprise didakwa mengemukakan sebut harga syarikat itu keseluruhan berjumlah RM13,480.20 menerusi dokumen Borang Kajian Pasaran untuk melaksanakan pelbagai tujuan.

Menerusi dokumen tersebut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu didakwa melaksanakan pembekalan alat ganti kenderaan iaitu Nissan, pembekalan alat ganti kelengkapan pejabat dan pembekalan alat ganti serta pembaikan kenderaan jabatan.

Selain itu menerusi dokumen itu juga dia didakwa melaksanakan penyelenggaraan alat kelengkapan penyiaran dan perhubungan, pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik dan elektronik serta penyelenggaraan kenderaan penumpang.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga November 2020 di Pejabat JPS Daerah Mersing.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap sebulan sekali di Pejabat SPRM di Johor Bahru.

Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor manakala peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra’fik mewakili tertuduh. – Bernama, 16 April, 2023.


WOIT

LAGI DEKAT

HARI  NAJIB

NAK BEBAS

MAKIN BANYAK

KES TANGKAPAN

KAH KAH KAH

INI UNTUK BUKTIKAN

PMX LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

TAPI YANG RASUAH

NAJIB & ZAHID

DI BEBAS

AMIN

BETUL GANJIL

INI LUAR BIASA

INI  LUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: