Selasa, 9 Mei 2023

PROJEK GELAP JATUHKAN ANWAR


Kerajaan tumbang: Tanya PM mana dia dengar – Saifuddin

KUANTAN – ‘Tanya Perdana Menteri dari mana dia dengar,” Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang,  Saifuddin Abdullah.

Menurut Saifuddin, hanya  Anwar Ibrahim yang membangkitkan perkara itu dan ia merupakan topik hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat.

“Dari mana kita dapat dengar cerita berkaitan dengan ‘ada angka’ atau ‘ada langkah-langkah’ tertentu ini?.

“Setahu saya kita dengar ini daripada dua sumber, yang pertama ialah daripada Perdana Menteri, dia yang sebut dan yang kedua kalau kita pergi mana-mana pun rakyat sebut soalan ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pejabat Sekretariat PN, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai desas-desus pertukaran Kerajaan Persekutuan yang timbul akhir-akhir ini.

Sebelum ini, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman menulis status di Facebooknya dengan menyebut angka 126, yang nyata menimbulkan pertanyaan banyak pihak.

Muhammad Faiz bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya angka 126 itu adalah merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Anwar pada Sabtu lalu membuat cabaran terbuka kepada pembangkang yang dikatakan mempunyai nombor supaya membuktikan di Parlimen yang akan bersidang mulai 22 Mei ini.

Kerajaan Perpaduan buat masa ini mempunyai sokongan 82 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan komitmen yang dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Tun Openg. 

WOIT

SAIFUDIN

TAK TAHU KERNA

INI PROJEK GELAP

KAH KAH KAH

INI PROJEK

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

KALAU NAK TAHU

TANYA FADILAH 

BAKAL GANTI

ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saifudin ni kalau berani mohon tanya sama raja johor, dia dengar mana? Ada telur tak?