Selasa, 9 Mei 2023

SELAMAT HARI RAYA UNTUK YASIN



Mahkamah mahu Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan supaya penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mental.

Ini kerana pasukan pembelaan mewakili Yasin mendakwa pihaknya mempunyai asas agar kesihatan mental Yasin diperiksa oleh pakar psikiatri bagi menentukan tertuduh yang sedang berdepan kes dadah layak dibicarakan atau sebaliknya.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian membenarkan permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Nik Nasimah juga menetapkan 22 Jun ini agar laporan psikiatri dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini, pembelaan Yasin pernah mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.

Yasin sebelum ini gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.

Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin untuk mengkaji pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan baharu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tarikh sama. 

SELAMAT HARI

RAYA PADA

YASIN

AMIN

WOIT

MASANYA DAH

SAMPAI AGAR

GANJA SEBAGAI

UBAT DI HALALKAN

AMIN

INI SEMUA AKTA

LAPUK

BAGINDA QUEEN

AMIN

LIHAT SIAM

GANJA BUKAN

LAGI JENAYAH

MALAH SESIAPA

SAJ BOLEH TANAM 

GANJA UNTUK

KEGUANAN SENDIRI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: