Selasa, 20 Jun 2023

PEGUAM UK BUAT LAWAK BERDIRRI


UMNO kalah PRN jika janji bebaskan Najib tak ditepati – Zaid

KUALA LUMPUR – UMNO akan dihukum pada enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi sekiranya pemimpin parti itu terus mengunci mulut berhubung isu permohonan pengampunan diraja oleh  Najib.

Peguam terkemuka,  Zaid Ibrahim mendakwa ahli-ahli parti akan mengungkit janji diberikan para pemimpinnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 baru-baru ini.

Beliau mendakwa, tiada tindakan diambil selepas itu dan ia menyebabkan para pemimpin UMNO dilihat seolah-olah kurang yakin mengapa Najib yang juga bekas presiden parti perlu dibebaskan dari penjara.

“Tiada langsung. Mereka hanya berjanji kepada ahli-ahli parti bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk Najib. Sebab itu UMNO tidak akan beroleh keputusan yang baik pada PRN akan datang.

“Ahli-ahlinya akan bertanya janji-janji mana yang dibuat UMNO akan ditepati kali ini,” ciapnya di Twitter hari ini.


Zaid mengulas mengenai kenyataan k Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Pembaharuan Kehakiman) itu berpandangan, alasan- yang digunakan itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk membantah permohonan pengampunan diraja Najib.

Beliau turut memberi contoh di Amerika Syarikat (AS) di mana bekas presidennya, Barack Obama meringankan hukuman 35 tahun penjara kepada bekas anggota tentera, Chelsea Manning kerana membocorkan sebanyak 75,000 dokumen berkaitan tentera.

“Obama menyatakan hukuman itu keterlaluan dan Manning dibebaskan atas dasar kepentingan nasional. Bagaimanapun, Obama tidak mempertikaikan kecekapan tribunal tentera atau hakim-hakim yang terlibat,” jelasnya.

Zaid menambah, seorang lagi bekas Presiden AS, Gerald Ford juga pernah memberi pengampunan kepada Richard Nixon yang menjadi presiden sebelumnya kerana mahu perdamaian nasional.

Menurut beliau, Ford bersetuju dengan tindakan Kongres AS mendakwa Nixon ekoran Skandal Watergate namun beliau berpandangan pengampunan perlu diberikan.

“Selain itu, bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Frederik Willem de Klerk juga memberi pengampunan kepada semua individu yang melakukan jenayah semasa era aparteid bagi membina semula negara,” katanya.

Sebaliknya, Zaid berkata, UMNO tidak cuba meyakinkan rakyat tentang mengapa Najib patut diampunkan dan para pemimpin parti itu tidak berusaha menunjukkan mereka benar-benar serius.

Menurut beliau, tiada penjelasan lanjut mengenai keadaan yang membolehkan hukuman diringankan di mana ia boleh membawa kepada pengampunan atau isu-isu yang perlu diambil kira untuk mendapatkan pengampunan.

“Apa yang jelas UMNO tidak langsung menyatakan menjaga Najib patut diampunkan, selain daripada menyediakan memorandum memohon campur tangan istana (yang tidak pernah didedah atau diperjelaskan kepada umum,” jelasnya. – 

PEGUAM DARI

UK  OPPS....

ULU KELANTAN

TELAH BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

ANWAR & ZAHID

DAH KENCING

NAJIB

KAH KAH KAH

NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DALAM PENJARA

KAH KAH KAH

NAJIB TAK PERLU

RISAU

ROSMAH AKAN

SAMPAI SOON

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: