Selasa, 20 Jun 2023

PARTI MUDA JADI TUA


Muda nafi rundingan kerjasama dengan Pakatan hadapi PRN


DAKWAAN Muda bersetuju meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang tidak benar, kata ketua penerangan parti, Luqman Long hari ini.

Beliau berkata Muda tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan PH pada PRN, sambil menambah rundingan tidak pernah dimulakan antara Muda dan PH.

“Sehingga hari ini, tiada rundingan antara Muda dan PH berhubung kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan,” kata Luqman dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, yang juga pengerusi PH Selangor berkata Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH, selaras dengan persefahaman yang dicapai semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Luqman menolak kenyataan Amirudin dengan berkata ia bertujuan mengelirukan pengundi.

“Kenyataan itu adalah persepsi peribadi menteri besar Selangor.

“Kenyataan beliau jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati Muda,” katanya.

Luqman berkata sebarang keputusan atau pengumuman berhubung PRN membabitkan Muda, hanya akan dibuat oleh parti dan bukannya PH.

Pada PRU15, PH membentuk pakatan pilihan raya dengan Muda.

Dalam pilihan raya sulung persekutuan mereka, parti berasaskan belia itu bertanding di enam kerusi Parlimen, memenangi satu kerusi oleh penyandang Muar dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Parti pemuda itu memohon menyertai gabungan itu tahun lalu sebelum pilihan raya umum November.

Sebelum pilihan raya 19 November, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata sukar untuk membawa Muda sebagai parti komponen kelima PH kerana ia memerlukan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Selepas memenangi PRU15 dan membentuk kerajaan, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau terlalu sibuk dengan tugas menterinya untuk membaca surat permohonan Muda.

Muda diketepikan daripada dua mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan, tetapi dijemput menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Nasional bulan lepas.

Sehingga kini, kepimpinan PH masih belum membuat keputusan mengenai permohonan Muda untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu walaupun ia terus meminta jawapan. – 20 Jun, 2023.


PARTI MUDA

INI ADA HARAPAN

TAPI DAH UAT

SILAP BESAR

AMIN

NAMA  PARTI

GUNA BAHASA

PENJAJAH

AMIN

SAMA MACAM

UNITED MALAYS

NATIONAL 

ORGANISATION

KAH KAH KAH

LEPAS PRU20

APAKAH PARTI

INI  TUKAR NAMA 

JADI TUA ?

TRANSNATIONAL

UNITED 

ALLIANCE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: