Sabtu, 2 Disember 2023

CERITA WAHAB BERUBAH PULAK !!!


Wahab dakwa diganggu secara seksual oleh Agus – KPN

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),  Dr Mohammad Agus Yusoff ke atas Abdul Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader Jilani yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada Abdul Wahab yang berusia 33 tahun.

“Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian itu berlaku ke atas dirinya pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

“Polis telah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya pada hari ini.

Tambah beliau, Abdul Wahab membuat laporan polis itu sebagai perlindungan untuk diri sendiri dan pada masa yang sama menafikan sekeras-kerasnya terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus.

Jelas Razarudin lagi, polis masih meneruskan siasatan dalam kes berkenaan dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan membantu siasatan polis.


Terdahulu, pada 30 November 2023, Abdul Wahab ditemani peguamnya Faizal Abdul Rahman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sekitar jam 11 pagi untuk membuat laporan polis.

Bercakap kemudian kepada pemberita pada jam 4.45 petang di luar IPD Kajang, Abdul Wahab mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah yang tular di media sosial.

Abdul Wahab berkata, beliau mengalami tekanan dan masih trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan Mohammad Agus.

Sebelum itu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dalam kes ini dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat 1 Disember 2023 selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.-

WOIT

KAH KAH KAH

CERITA WAHAB

BERALIH PULAK

KAH KAH KAH

DULU DIA JADI

UMPAN UNTUK

PERANGKAP AGUS

AMIN

PROJEK MISTER H

NAK JATUHKAN

AGUS

AMIN

VIDEO BUKAN

SUARA MEREKA

KAH KAH KAH

SEKARANG AGUS

SAMA PULAK JADI

MACAM ANWAR

KAH KAH KAH

CERITA MAKIN

MENARIK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: