Rabu, 27 Disember 2023

MANGSA BANJIR BERTAMBAH



Mangsa banjir di 3 negeri terus bertambah

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pahang dan Sabah terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Terengganu menurun sedikit, sementara di Johor tidak berubah. 

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,466 orang daripada 5,510 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 15,994 mangsa daripada 4,967 daripada keluarga yang direkodkan malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, kesemua mangsa di lapan jajahan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu itu berlindung di 89 PPS.

Di Pasir Mas 35 PPS menempatkan 12,939 mangsa daripada 4,284 keluarga, 13 PPS di Tanah Merah (1,183 mangsa daripada 341 keluarga), sebuah PPS di Jeli (82  mangsa daripada 27 keluarga) dan tiga PPS di Gua Musang (139 mangsa daripada 33 keluarga).

Sebanyak 31 PPS di Kuala Krai menempatkan 2,838 mangsa daripada 764 keluarga, empat PPS di Machang (204 mangsa daripada 72 keluarga), sebuah PPS di Pasir Puteh (39 mangsa daripada lapan keluarga) dan sebuah PPS di Kota Bharu (42 mangsa daripada 11 keluarga). 

Di PAHANG, daerah Kuantan menjadi lokasi terbaru dilanda banjir awal pagi ini sekali gus menyaksikan jumlah mangsa banjir kembali meningkat di negeri itu kepada 398 individu daripada 101 keluarga dan ditempatkan di lapan PPS berbanding 333 individu daripada 82 keluarga berada di enam PPS semalam.

Sekretariat JPBN Pahang memaklumkan seramai 324 individu ditempatkan di lima PPS di Raub, 47 orang mangsa banjir berlindung di sebuah PPS di Kuantan manakala sebuah PPS masing-masing beroperasi di Jerantut dan Lipis bagi menempatkan 18 dan sembilan individu. 

Menurut publicinfobanjir.water.gov.my paras air di lapan stesen telah melepasi tahap bahaya iaitu di Jerantut melibatkan Kuala Tahan, Sungai Tembeling di Kampung Bantai Seberang, Sungai Tembeling di Kampung Merting manakala di Maran stesen Sungai Luit di Kampung Subuh.

Selain itu, di Rompin stesen yang telah melepasi paras bahaya ialah Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat manakala di Pekan melibatkan stesen Sungai Pahang di Paloh Inai dan Kuala Sungai Chini. 

Di SABAH jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini kepada 180 orang daripada 46 keluarga berbanding 148 orang daripada 39 keluarga malam tadi susulan banjir yang melanda daerah Paitan dan Sandakan, kata Sekretariat JPBN Sabah.

Sekretariat itu memberitahu enam orang dari tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol dan 21 orang dari enam keluarga di PPS Rumah JPKK Cocos di Paitan; manakala 153 daripada 37 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Nur Iman di Sandakan.

“Data menunjukkan peningkatan (penduduk dipindahkan) di daerah Sandakan manakala Paitan dijangka kekal hari ini. Tiada laporan kejadian kematian akibat bencana banjir setakat ini dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di lapan daerah yang terlibat menurun sedikit kepada 10,145 orang daripada 2,794 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 10,258 orang daripada 2,871 keluarga, malam tadi.

Menurut sekretariat JPBN Terengganu, di Hulu Terengganu 3,208 mangsa daripada 946 keluarga masih ditempatkan di 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala di Dungun, 2,796 mangsa daripada 758 keluarga berlindung di 32 PPS.

Sementara itu di Setiu 1,781 mangsa daripada 511 keluarga berteduh di 25 PPS manakala di Kemaman, 1,183 mangsa daripada 326 keluarga berlindung di sembilan PPS.

Di Besut pula 881 mangsa daripada 179 keluarga ditempatkan di 13 PPS sementara di Marang, 133 mangsa daripada 34 keluarga berteduh di dua PPS.

Selain itu di Kuala Terengganu seramai 150 mangsa daripada 37 keluarga berlindung di tiga PPS sementara di Kuala Nerus, hanya 13 mangsa daripada tiga keluarga masih berada di dua PPS.

Sementara itu menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my setakat 8.15 pagi ini paras air di tiga stesen utama masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Terengganu di Drawbridge, Kuala Terengganu; Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun. 

Empat stesen yang melepasi paras waspada pula iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu serta Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Di JOHOR,  jumlah mangsa banjir di Kampung Orang Asli Peta, Mersing kekal 83 orang daripada 25 keluarga, setakat jam 8 pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata kesemua mangsa terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Taman Negara Endau Rompin. – Bernama, 27 Disember, 2023.

 KOMEN

APAKAH INI

TANDA BANJIR

BESAR AKAN

SAMPAI ?

AMIN

BANJIR LEBIH

BESAR DARI 

TAHUN 2015 ?

AMIN 

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, apa dia banjir besar? Ada ke sedang, banjir tak besar dan ada ke banjir kecil, saja tanye jangan marah, Jelebu pernah banjir tak?oh ya....dengar cerita Jelebu telah ada tempat orang camping, ada disediakan tapak tempat dirikan kemah,.ada tempat memancing, macam macam disediakan, betul ke?