Rabu, 27 Disember 2023

MUSUH KITA AMERIKA


Tidur dalam khemah solidariti bersama rakyat Palestin

KUALA LUMPUR – Peserta Piket Bertindak Kepung Demi Palestin tetap berpendirian mahu mendirikan khemah di sekitar kawasan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak malam tadi walaupun telah dinasihati polis tidak berbuat demikian.

Sekretariat solidariti Palestin Tian Chua yang turut menyertai himpunan malam ini berkata, pihaknya akan mendirikan khemah seperti dirancang sehingga tindakan lanjut dari polis.


Tian Chua berkata, piket diadakan secara aman sebagai tindak balas rakyat Malaysia bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan dan gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat.

“Kita berhimpun secara aman malam ini menyatakan solidariti menentang kezaliman di Gaza oleh Israel.

“Kita akan berkhemah di kawasan Kedutaan AS malam ini untuk enam hari sehingga 31 Disember ini sehingga tindakan lanjut dari polis menyusul,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Katanya, Kerajaan Malaysia konsisten bersolidariti dengan kekejaman yang berlaku di Gaza dan polis juga perlu senada dengan membenarkan peserta berpiket di kawasan Kedutaan AS.

Terdahulu, sekitar 100 peserta mewakili hampir 50 gabungan NGO berarak dari Tabung Haji dan tiba ke kawasan Kedutaan AS pada jam 11 malam tadi.

Peserta piket berkenaan memulakan perarakan dari Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak ke kawasan Kedutaan AS.

Bagaimanapun mereka tidak dapat mara ke kedutaan itu apabila disekat dengan kawalan polis pada jarak 200 meter dari kedutaan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid menasihati peserta agar memberi kerjasama menjamin ketenteraman awam di kawasan kedutaan asing itu.

Katanya, adalah menjadi keutamaan polis untuk memastikan ketenteraman di sekitar kawasan perwakilan asing dijamin daripada sebarang insiden gangguan atau pencerobohan pihak luar.- 

MUSUH KITA

BUKAN POLIS

AMIN

MUSUH KITA

BUKAN DATARAN

MERDEKA

AMIN

MUSUH  KITA

BUKAN STADIUM

BUKIT JALIL

AMIN

MUSUH KITA

AMERIKA

AMIN

DIA KEPONG GAZA

KITA KEPONG DIA

KHALAS

Tiada ulasan: