Ahad, 3 Disember 2023

NEGERI ABADI DI MANA ?




Kalah PRK Kemaman

 tanda UMNO makin 

cepat ke ‘negeri abadi’

 – Wan Razali
KUANTAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam menyaksikan kemenangan Pas sekali gus mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di Terengganu.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berkata, isyarat kemenangan itu akan membawa parti lawan, UMNO yang dilihat semakin ditolak ahli sendiri dan rakyat dalam senario politik di Malaysia.

”Keputusan kerjasama UMNO dengan DAP, PKR dan Amanah juga telah memperlihatkan penolakan penyokong UMNO itu sendiri.

”Ia telah menyebabkan UMNO ditinggalkan oleh ahli dan pengundinya. Jika ianya berterusan, tidak mustahil usianya makin cepat sampai ke ‘destinasi abadi’.

”Keputusan PRK Kemaman menunjukkan orang Melayu telah membuat keputusan bahawa Pas atau PN sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaga orang Melayu,” kata pemimpin Pas itu menerusi kenyataan.

Terdahulu pada PRK Kemaman semalan menyaksikan  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang besar dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Sam memperoleh 64,998 undi manakala pesaingnya, Jeneral (B)  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) memperolehi 27,778 undi.

Wan Razali berkata, peningkatan majoriti itu melebihi sasaran awal sebanyak 30,000 menunjukkan sokongan rakyat kepada PN semakin meningkat.

”Tahniah kepada semua pengundi Kemaman atas pilihan anda semua . Terima kasih kepada pengundi Pas dan penyokong UMNO yang telah mengundi Pas.

”Kepada semua ahli dan penyokong akar umbi UMNO, pimpinan kamu lebih suka bermesra dengan DAP, PKR dan Amanah. PN pula sentiasa terbuka untuk anda semua.

”Kepada anak-anak muda, tahniah kerana anda semua sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku dalam negara ini,” katanya. – 

WOIT

NEGERI ABADI NI

DIMANA?

KAH KAH KAH

UMNO NAK

KE SANA NAIK

KERETA APA?

KAH KAH KAH

ADA ORANG

ANTA ATAU 

GI SENDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: