Sabtu, 6 Januari 2024

AMARAN DARI HEZBOLLAH


Tunggu serangan balasan kami, amaran Hezbollah kepada Israel

PEMIMPIN Hezbollah memberi amaran kepada Israel ia akan bertindak balas di medan pertempuran susulan pembunuhan pemimpin kanan Hamas di kubu kuat kumpulan itu di selatan Beirut, Lubnan.

“Tindakan balas akan dilakukan dan ia tidak dapat dielakkan. Kami tidak boleh terus berdiam diri terhadap keganasan dengan skala sebesar ini kerana ia bermakna seluruh Lubnan dalam keadaan bahaya,” kata Hassan Nasrallah dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen.

“Keputusannya sekarang adalah di medan perang,” katanya dalam ucapan keduanya sejak pembunuhan Saleh al-Aruri pada Selasa.

“Pejuang dari semua kawasan di sempadan akan bertindak balas terhadap tindakan biadap di selatan Beirut,” katanya.

Saleh yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu dilancarkan Israel, adalah pegawai Hamas paling kanan yang terkorban dalam perang ini.

Israel masih belum mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi pegawai pertahanan Amerika Syarikat berkata ia dilancarkan oleh Israel.

Ia adalah serangan pertama terhadai ibu kota Lubnan sejak keganasan bermula.

Dalam ucapannya pada Rabu, Nasrallah sudah pun memberi amaran kepada Israel terhadap kemungkinan perang di Lubnan, dan berkata serangan balas kumpulan itu kelak “tidak akan ada batasan”.

Hezbollah dan Israel saling berbalasan serangan di sempadan sejak perang Israel-Hamas tercetus pad a7 Oktober, tetapi kematian Saleh dikhuatiri akan menggiatkan pertempuran.

Sejak keganasan bermula, kumpulan itu melakukan 670 serangan, menyasarkan 48 kedudukan Israel di sempadan dan 11 kawasan berhampiran, kata Nasrallah. – AFP, 6 Januari, 2024.


AMARAN

TELAH DI DENGAR

AMIN

KINI DUNIA

MENUNGGU AKSI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: