Sabtu, 6 Januari 2024

MUSNAHKAN ZIONIS ISRAEL


Gaza sudah tidak boleh dihuni lagi, kata PBB

BOM berterusan di seluruh Gaza semalam, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran perang Israel dengan pejuang Hamas yang kini masuk bulan keempat, menjadikan wilayah itu kini tidak boleh lagi didiami.

Dengan kebanyakan kawasan di semenanjung Gaza kini tinggal runtuhan, serangan udara terus berlaku di bandar Khan Yunis di bahagian selatan dan Rafah selain sebahagian di kawasan tengah Gaza.

Tentera Israel berkata anggotanya menyerang lebih 100 sasaran di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk posisi ketenteraan, tapak pelancaran roket dan depoh senjata.

Kementerian kesihatan Hamas berkata sebanyak 162 kematian dilaporkan dalam tempoh itu.

Jet pejuang dibom di Bureij malam tadi, menyebabkan sel pengganas bersenjata terbunuh, kata tentera Israel, selepas mendakwa kereta kebalnya diserang.

Sejumlah besar pejuang Hamas terbunuh dalam pertempuran di Khan Yunis, dakwa Israel.

Pada masa ini, Khan Yunis menjadi medan pertempuran utama.

Israel mendakwa tenteranya menemui terowong di bawah Hotel Blue Beach di utara Gaza yang dikatakan digunakan sebagai kawasan perlindungan dan tempat merancang serangan.

Kematian orang awam mencecah puluhan ribu sepanjang konflik ini dan PBB berkata krisis kemanusiaan menyebabkan ratusan ribu penduduk Palestin hilang tempat tinggal, berdepan dengan isu kebuluran dan wabak.

“Gaza sudah tidak boleh dihuni,” kata ketua kemanusiaan PBB Martin Griffiths.

“Rakyatnya menyaksikan ancaman terhadap nyawa mereka setiap hari – sementara dunia hanya menjadi pemerhati terhadap kekejaman ini,” katanya. – AFP, 6 Januari, 2024.


TIDAK ADA

JALAN LAIN

AMIN

BANGUN LAWAN

DAN

MUSNAHKAN

ZIONIS  ISRAEL

AMIN

DIRIKAN PALESTIN

MERDEKA

KHALAS

Tiada ulasan: