Rabu, 17 Julai 2024

AGAMA DI DUNIA BUKAN HANYA ISLAM




Kerajaan serius isu penularan ideologi liberalism, pluralism – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama terutama yang disebarkan melalui platform atas talian.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung perkara itu adalah mengeluarkan hukum, mewartakan fatwa dan perundangan.

“Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) antara lain telah menetapkan pandangan hukum bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-74 juga telah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah menyeleweng daripada syariat Islam,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta perdana menteri menyatakan tindakan dalam menangani ideologi liberalism dan pluralism yang dilihat semakin agresif disebarkan dalam masyarakat dengan pelbagai medium termasuk dalam talian sekarang ini.

Enam buah negeri telah mengeluarkan fatwa mengenai pemikiran liberalism iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Dua negeri iaitu Selangor dan Sabah telah mewartakan keputusan fatwa mengenai liberalism tersebut.

Selain daripada itu, pemantauan secara berkala dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah oleh pihak berkuasa agama negeri dan agensi di peringkat persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui beberapa akta juga dijalankan.

Jawatankuasa dan Penyelarasan juga diuruskan dan diurusetiakan oleh JAKIM antaranya ialah Panel Pakar Akidah JAKIM, Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah (JAPAS), Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan.

Zulkifli menambah, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Jabatan Mufti-Mufti Negeri-Negeri sentiasa melaksanakan program penjelasan kepada kumpulan sasar dalam pelbagai forum bagi membendung ideologi liberalisme dan pluralisme ini daripada terus berleluasa.

Sementara itu, kata beliau, kerajaan akan terus melaksanakan langkah jangka panjang dengan mengukuhkan kurikulum pendidikan Islam secara formal dan informal dalam institusi pendidikan di Malaysia dan memperkemas undang-undang berkaitan bagi mencegah penyebaran ideologi pluralism dan liberalism terhadap masyarakat Islam. – 



LIBERAL ERTI

FIKIRAN TERBUKA

AMIN

PLURALISMA ERTI

LEBIH DARI SATU

AMIN

APAKAH SALAH

BERFIKIR AGAMA

INI BANYAK 

AMIN

PASAL APA 

DIPAKSA UNTUK

IKUT  SATU CARA

AMIN

MASUK KUBUR

MASING MASING

KHALAS

Tiada ulasan: