Rabu, 17 Julai 2024

NENGGIRI JADIKAN PUNGUTAN SUARA MADANON




PRK DUN Nenggiri: BN pertaruhan anak tempatan


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada minggu ini.

Pengerusinya,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon daripada UMNO itu adalah individu yang memenuhi kriteria boleh menang yang ditetapkan oleh gabungan itu.

“Dalam minggu ini (akan umum calon), (calon adalah) anak tempatan dan ada jawatan di kawasan tersebut.

“Kita pilih yang terbaik dan dalam kategori WALI iaitu boleh menang, diterima dan disukai oleh pengundi dan orang yang boleh membawa perkhidmatan yang baik kepada DUN Nenggiri dan Parlimen Gua Musang,” katanya kepada media di ibu negara, hari ini.

Semalam, media melaporkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani hampir pasti dinamakan sebagai calon BN pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos depan.

Laporan itu menyebut pemilihan Mohd Azmawi sudah mendapat restu UMNO Bahagian Gua Musang.

Yang di-Pertua DUN Kelantan,  Mohd Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos. –

JADIKAN INI

PUNGUTAN SUARA

UNTUK KERAJAAN

MADANON

AMIN

UNTUK PASTIKAN

PN MENANG

ZAHID ANWAR

DAN RAFIZI

WAJIB BERKEMPEN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: