Rabu, 17 Julai 2024

APA AGENDA CHINA MERAH PILIHARA JO LO ?


Jho Low masih 'diburu' Singapura

SINGAPURA: Notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pada 2016 "masih berkuat kuasa", kata Polis Singapura, hari ini.

Polis berkata, perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Jho Low serta keluarganya "tidak mempunyai kesan" ke atas siasatan jenayah terhadap Low dan rakan-rakannya.

Akhir Jun lalu, dilaporkan DOJ dan Jho Low sedang berbincang mengenai perjanjian penyelesaian yang membabitkan penyerahan aset yang sudah dikenal pasti oleh pihak berkuasa, serta aset yang belum dituntut atau dirampas oleh agensi pendakwaan di seluruh dunia, di bawah pelan penyelesaian baharu.

"Perjanjian penyelesaian global itu akan "selama-lamanya (menyelesaikan) tindakan atau prosiding pelucut hak dan aset sivil, jenayah, dan pentadbiran yang berkaitan dengan AS termasuk pelupusan "aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), " menurut dokumen yang dilihat CNA.


SPRM, PDRM bekerjasama siasat 4 kereta Buggatti Veyron dikaitkan skandal 1MDB
Najib percaya Blackstone milik Almarhum Raja Abdullah - Saksi
Menurut polis; "Kira-kira S$164 juta (RM570 juta) aset berkaitan 1MDB di Singapura masih dirampas atau dilarang daripada dilupuskan," kata polis, sambil menambah bahawa ini termasuk S$101 juta (RM351 juta) yang dikaitkan dengan Low dan keluarganya.

Katanya, pihak berkuasa Singapura sudah memperoleh perintah mahkamah untuk melepaskan kira-kira S$103 juta (RM358 juta) wang berkaitan 1MDB yang dirampas kepada kerajaan Malaysia.

JO LO DIPILIHARA

OLEH 

CHINA MERAH

AMIN

APA AGENDA

CHINA MERAH ?

AMIN 

CHINA MERAH 

TUNGGU 

NAJIB BEBAS?

JENG JENG  JENG 

KHALAS

Tiada ulasan: