Rabu, 31 Julai 2024

BLACKROCK LETUPKAN PERIGI DI GAZA


Tentera Israel letupkan 30 telaga air di Gaza

GAZA: Tentera Zionis Israel   yang mendapat berkalan senjata dari Blackrock telah meletupkan lebih 30 telaga air di Gaza bulan ini, sekali gus memusnahkan sumber bekalan air kepada penduduk Gaza, menurut seorang Pegawai Majlis Perbandaran.

Tindakan itu menambahkan trauma penduduk yang sebelum ini mengalami serangan udara sehingga menjadikan sebahagian besar kawasan Palestin sebagai kawasan tandus yang dilanda krisis kemanusiaan.

Perbuatan itu dilihat sebagai strategi regim Zionis menjejaskan sumber bekalan makanan dan minuman bagi menggunakan 'kebuluran sebagai senjata perang' terhadap penduduk Palestin.

Ketua Rangkaian Air di Majlis Perbandaran Khan Younis, Salama Shurab, berkata telaga berkenaan dimusnahkan oleh tentera Israel antara 18 hingga 27 Julai lalu di bandar selatan Rafah dan Khan Younis.

Tentera Israel tidak memberikan maklum balas terhadap tuduhan bahawa tenteranya memusnahkan telaga berkenaan.

Susulan tindakan itu, penduduk di Gaza kini bukan hanya berdepan dengan bahaya pengeboman Israel atau pertempuran di darat yang menjadikan kehidupan bagi warga Palestin sangat sukar.

Sebaliknya, ia juga menyebabkan penduduk Gaza menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas seperti air untuk diminum, memasak atau mencuci.

Orang ramai menggali telaga di kawasan tandus berhampiran laut di mana pengeboman memaksa mereka berpindah atau bergantung pada air paip masin dari satu-satunya akuifer Gaza, yang kini sudah tercemar dengan air laut dan kumbahan.

Kanak-kanak berjalan jauh untuk beratur di tempat pengumpulan air sementara dan selalunya tidak cukup kuat untuk membawa bekas yang diisi dengan mengheretnya pulang di atas papan kayu.

Kota Gaza kehilangan hampir semua keupayaan untuk menghasilkan air dengan 88 peratus telaga air dan 100 peratus kilang desalinasi rosak atau musnah, menurut laporan terkini dari Oxfam.

Sebelum telaga itu dimusnahkan, rakyat Palestin sudah pun menghadapi krisis air yang serius serta kekurangan makanan, bahan api, dan ubat-ubatan.

Keadaan itu menambah kesengsaraan yang dihadapi akibat perang Gaza, yang kini sudah memasuki bulan ke 10.

PROJEK ZIONIS

IALAH  MEMBUNUH

MENGHAPUSKAN

SEMUA RAKYAT

PALESTIN

AMIN

ISRAEL DAPAT

SENJATA DARI

BLACKROCK

AMIN

ANWAR IBRAHIM

MAHU JUAL 39

AIRPORT KITA

KPD BLACKROCK

AMIN

APAKAH INI TANDA

ANWAR IBRAHIM

SOKONG ZIONIS

ATAU

SOKONG PALESTIN?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: