Sabtu, 27 Julai 2024

KERETA API FRANCE KENA SABOTAJ



Kereta api berkelajuan tinggi Perancis disabotaj

PARIS: Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis mengalami gangguan dan serangan beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa serangan itu adalah tindakan "sabotaj" yang diselaraskan.

"Ini adalah serangan besar-besaran untuk melumpuhkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi (TGV).

Pengendali kereta api SNCF berkata, banyak laluan perlu dibatalkan.

"Serangan itu menjejaskan laluan Atlantik, utara dan timur selain kemudahan kami turut dibakar," katanya.

Katanya, keadaan itu akan berlarutan sepanjang hujung minggu ketika pembaikan dijalankan.

"Kereta api sedang dilencongkan ke landasan berbeza, namun sebahagian besar akan dibatalkan", katanya.

SNCF menggesa penumpang untuk menangguhkan perjalanan mereka.

Serangan itu dilancarkan ketika Paris berada di bawah kawalan keselamatan ketat menjelang upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas, dengan 300,000 penonton dan orang kenamaan dijangka hadir pada acara itu.

Perarakan petang ini akan menyaksikan sehingga 7,500 pesaing menyusuri sepanjang enam kilometer sungai Seine dengan 85 bot.

Ia adalah kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dibuka di luar stadium olahraga utama, sekali gus meletakkan Perancis dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan pengganas.

Di stesen kereta api Montparnasse di Paris, puluhan penumpang menunggu maklumat lanjut mengenai perjalanan mereka selepas kelewatan antara 30 minit hingga hampir dua jam diumumkan. - AFP




SAPA SABOTAJ

KERETA API INI?

JENG JENG JENG

KERANA FRANCE

SOKONG ISRAEL

SOKONG UKRAINE

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: