Sabtu, 27 Julai 2024

PANAS DAH SAMPAI



Amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di Pahang, Kelantan


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap 1 iaitu berjaga-jaga di enam daerah di semenanjung.

Amaran tahap 1 dikeluarkan untuk Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin di Pahang, dan Kuala Krai di Kelantan.

Amaran tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Amaran merah dikeluarkan apabila suhu mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, Kampung Raja Besut di Terengganu merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada 167 setakat 10 pagi ini.

Bacaan IPU antara 101 dan 200 adalah tidak sihat.

Beberapa kawasan lain di semenanjung, termasuk Seberang Jaya dan Seberang Perai di Pulau Pinang, Taiping di Perak, Banting di Selangor dan Tanah Merah di Kelantan turut merekodkan IPU menghampiri kategori tidak sihat. – 26 Julai, 2024.

MALAPETAKA

IKLIM SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB

BERSEDIA

AMIN

UBAH CARA 

HIDUP

AMALKAN BUDAYA

KITAR SEMULA

KHALAS

Tiada ulasan: