Selasa, 10 September 2024

TERESA TAK PERLU RISAU




Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam tempoh dua hari

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataan mengenai isu sijil halal akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), dalam minggu ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dalam tempoh dua hari akan dimajukan kepada Pejabat AGC untuk pandangan dan cadangan.

“ Kita juga akan panggil saksi yang ada kepentingan dalam siasatan ini,” katanya secara ringkas hari ini.

Mengulas lanjut dalam perkembangan sama, beliau berkata setakat jam 12 tengahari tadi polis telah menerima sebanyak 50 laporan berkaitan isu Teresa Kok di seluruh negara.

Tambahnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 298 dan 504(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Teresa hadir ke Bukit Aman sekitar jam 9.42 pagi ditemani peguamnya Syahredzan Johan yang juga Ahli Parlimen Bangi.

Pemimpin DAP itu selesai dirakam keterangan hampir sejam setengah oleh pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas(USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini.

Beliau kemudian dilihat beredar meninggalkan premis ibu pejabat PDRM jam 12 tengahari tadi.

TERESA TAK

PERLU RISAU

KAH KAH KAH

INI TEATER

INI WAYANG

AMIN

ZAHID 47 DAKWAAN

SEDANG BICARA

BOLEH DNAA

KAH KAH KAH

TERESA PUNYA

KES 

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bab sijil halal bukan sijil haram bukan 3R boleh mohon sijil x mau x yah mohon okay okay bukan prima facie 47 kahkahkah