BOLEH TAK
SEMPADAN
NEGARA
DI PAGAR ?
AMIN
ADA PROJEK
NANTI
KAH KAH KAH
KHALAS
Adun PAS kongsi pengalaman ikut 'lorong tikus' elak tujuh roadblock
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Wan Rohimi Wan Daud semalam berkongsi bagaimana dia berjaya mengelak sekatan jalan raya polis yang diadakan serentak dengan program konvoi motosikal di Kota Bharu yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan kelab penyokong kerajaan Kelantan.
Sekatan jalan raya itu diadakan oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tindak balas kepada rancangan asal konvoi itu untuk menunggang ke Lapangan Terbang Kota Bharu - yang menurut polis dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke adalah tidak bertanggungjawab kerana ia boleh mengganggu lalu lintas di kawasan kritikal.
Walau bagaimanapun, laporan menunjukkan bahawa konvoi itu akhirnya hanya melalui kawasan berhampiran lapangan terbang.
Dalam ucapan di penghujung program, Wan Rohimi berkongsi pengalamannya melalui 'lorong tikus' (jalan kecil yang tersembunyi) mengelak sekatan berkenaan.
"Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan).
"Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua)," katanya.
Dia berkata bahawa dia dimaklumkan "SB" tentang lokasi sekatan jalan raya, dan dia sebaliknya memimpin konvoi melalui jalan tikus.
Dia juga mendakwa kira-kira 3,000 motosikal mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.
Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat dan Loke sebelum ini mengumumkan sekatan jalan raya berkenaan sebagai langkah keselamatan.
Namun Wan Rohimi mendakwa bahawa ia itu adalah satu bentuk penindasan yang diperintahkan oleh menteri DAP.
"Program sangat berjaya dalam keadaan kita ditekan oleh menteri Madani. Apek DAP yang sungguh mengugut arah JPJ buat roadblock, arah polis buat roadblock, naya kepada abe-abe polis kita," katanya.
Wan Rohimi berkata dia merancang untuk menganjurkan konvoi motosikal lain pada masa hadapan.
Program Kota Bharu itu berlangsung hampir tiga minggu selepas konvoi serupa dianjurkan oleh Perikatan Nasional di Terengganu, yang melibatkan menteri besar Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan