Selasa, 12 Mei 2026

ADAKAH KENCING TIKUS AKAN BANTU ANWAR BIN IBRAHIM


PARTI KELUARGA

RAMANAN ..OOPS..

...PARTI KEADILAN

RAKYAT SEDANG

HURU HARA

AMIN

KAJIAN TUNJUK

DALAM PRU16

ANWAR BIN

IBRAHIM & PKR

AKAN BUNGKUS

AMIN

APAKAH  KENCING

TIKUS AKAN DATANG

BANTU ANWAR

 BIN IBRAHIM

UNTUK UMUM

DARURAT

AMIN

MACAM MAT KOBID

BANTU MUHYIDIN

 DAPAT JUTA JUTA 

UNTUK 

PILIHAN RAYA

KHALAS



‘Jangan jadi BN kedua’ - Penyelidik MP PJ bidas sikap penafian PKR
PKR digesa supaya berhenti bersikap penafian terhadap kemerosotan sokongan rakyat dan diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan BN sebelum ini yang tumbang akibat mengabaikan suara akar umbi.

Pegawai Penyelidik kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Seah Jhen Pei berkata, amaran yang diberikan oleh bosnya, Lee Chean Chung, mengenai kedudukan kerusi Petaling Jaya yang "tidak selamat" adalah berdasarkan realiti dan keresahan sebenar di lapangan.

Dia menyifatkan penyokong tegar PKR sebagai kelompok yang rasional dan berjiwa "memberontak" sekiranya janji reformasi yang ditaburkan tidak ditunaikan.

"Setelah tiga tahun di Putrajaya, ramai penyokong berasa kecewa apabila melihat PKR terlalu giat mengejar sokongan kelompok penyokong tegar PN sehingga dilihat mengabaikan prinsip pelbagai kaum dan agenda reformasi.

"Jangan lupa, kerusi di Putrajaya itu ada kerana sokongan rakyat yang tidak pernah penat lelah berjuang bersama kita, bukan kerana kita menggadaikan prinsip demi memikat undi lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bidas serangan peribadi pimpinan parti

Seah berkata demikian bagi menjawab kritikan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng Yih Miin, yang semalam menempelak Lee dengan menyifatkan amaran tersebut sebagai pengakuan kegagalan prestasi sendiri.

Ng turut mendakwa Lee sebagai "jaguh kenyataan media" yang gagal menyelesaikan isu tempatan seperti banjir kilat serta jarang turun padang.

Mengulas perkara itu, Seah menegaskan bahawa pihak eksekutif yang memegang kuasa seharusnya lebih terbuka menerima kritikan daripada wakil rakyat yang mencerminkan sentimen rakyat jelata.

"Adalah satu ironi apabila individu yang dilantik sebagai ahli majlis tanpa melalui pemilihan cuba menyerang wakil rakyat yang menjalankan tugas.

"Jika PKR terus berkubang dalam sikap penafian, menolak segala komen negatif, dan hanya mahu mendengar 'laporan indah', kita sebenarnya sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh BN suatu ketika dahulu," tegasnya.

Terdahulu, Lee dalam audio siar Malaysiakini mendedahkan bahawa kerusi bandar seperti Petaling Jaya tidak lagi boleh dianggap selamat kerana pengundi kini menilai kerajaan berdasarkan integriti dan pelaksanaan janji, termasuk isu kontroversi seperti pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam bin Baki dan siasatan ke atas bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pada 5 Mei lalu, Malaysiakini menerbitkan laporan eksklusif mengenai analisis strategik dalaman PKR, yang mengenal pasti 66 kerusi parlimen yang dirancang untuk ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya akan datang.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh kerusi parlimen diklasifikasikan sebagai kerusi kuat Gred 1. Terdapat 13 kerusi dikategorikan sebagai Gred 2A (hampir kuat), 17 sebagai Gred 2B (marginal/kompetitif), dan 29 sebagai Gred 3 (sukar).

Petaling Jaya dikategorikan sebagai Gred 1, manakala Tambun, yang dipegang oleh perdana menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, dikategorikan dalam kalangan Gred 2B.

Tiada ulasan: