WABAK
KENCING TIKUS
ADALAH SCAM
Kencing tikus 2026 ini sama macam tahun 2020, dunia dilanggar pandemik COVID-19. Mat Kobid dituduh berasal dari Wuhan, China.
Dengan kerjasama WHO - Lembaga Kesihatan Bangsa-Bangsa Bersatu, warga dunia telah dikawal melalui pandemik Mat Kobid.
Hampir seluruh warga dunia dapat di takut-takutkan untuk dicucuk dengan vaksin.
Di belakang semua ini ialah perancangan Syarikat Ubat di Amerika. Ketika itu turut sama terlibat merancang ialah Bill Gates.
Hari ini telah dibuktikan melalui kajian ilmiah bahawa vaksin buatan Pfizer tidak mujarab dan membawa banyak risiko kesihatan.
KALI INI tahun 2026 sekali lagi Projek Vaksin sedang di rancang. Kali ini melalui VIRUS KENCING TIKUS – Hantavirus.
Dunia heboh – berita virus ini merebak makin menjadi-jadi. Malah di Malaysia pun berita yang berlaku di luar negara ini dilapur secara meluas.
Walhal beberapa tahun dulu kita ada kes Kencing Tikus di air terjun dan kolam mandi.
Pada 20 Jun 2020 – Harian Metro ada melapor satu kematian di Kuala Terengganu kerana Kencing Tikus. Pada tahun 2024 juga ada laporan Kencing Tikus di Kolam Air Panas Jasin.
Kita TAK HEBOH bagai nak rak seperti yang berlaku hari ini. Tak ada KKM nak jual vaksin.
Tapi kali ini dilihat kes Hantavirus sengaja di hebohkan – sama seperti sebelum WHO umum PENDEMIK Mat Kobid menyerang DUNIA.
Pada ketika ini media dunia sedang membuat naratif untuk mengolah persetujuan agak sekali lagi kita semua rakyat dunia dapat di kawal dan di kontrol.
Seharunya - apa yang wajib kita lakukan ialah para saintis kita sendiri buat kajian. Buat penyelidikan. Jangan jadi PAK TURUT. Amin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan