Selasa, 12 Mei 2026

PROJEK JUAL VAKSIN SEDANG BERJALAN


PROJEK JUAL

VAKSIN

AMIN

PROJEK KONTROL

PENDUDUK

AMIN

SEMUA SEDANG

BERJALAN

KHALAS




Kapal wabak hantavirus belayar ke Belanda selepas penumpang dihantar pulang


Tersalah prosedur, 12 kakitangan hospital Belanda dikuarantin selepas rawat pesakit hantavirus

THE HAGUE: Seramai 12 kakitangan sebuah hospital di Belanda yang merawat seorang pesakit positif hantavirus yang dipindahkan dari kapal persiaran MV Hondius telah dikuarantin sebagai langkah pencegahan selepas prosedur rawatan tidak dipatuhi dengan betul, menurut hospital itu.

Hospital Universiti Radboud di timur Belanda dalam satu kenyataan berkata, kesilapan prosedur berlaku ketika pengambilan sampel darah serta pelupusan air kencing pesakit.

"Disebabkan keadaan ini, 12 pekerja akan menjalani kuarantin pencegahan selama enam minggu sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun risiko jangkitan adalah rendah," menurut kenyataan hospital.

Kesilapan pertama berlaku ketika pengambilan darah pesakit sebaik tiba pada Khamis.

Walaupun prosedur standard digunakan, hospital memaklumkan bahawa "disebabkan sifat virus ini, darah tersebut sepatutnya diproses mengikut prosedur yang lebih ketat."

Pada Sabtu pula, hospital mendapati prosedur lebih ketat juga tidak dipatuhi dalam pelupusan air kencing pesakit.

"Walaupun kemungkinan jangkitan sebenar adalah sangat kecil, langkah-langkah ini memberi kesan besar kepada semua yang terlibat," kata Bertine Lahuis, pengerusi lembaga hospital itu.

"Kami kesal perkara ini berlaku di pusat perubatan universiti kami. Kami akan menyiasat dengan teliti perjalanan kejadian untuk mengambil pengajaran dan memastikan ia tidak berulang pada masa depan," tambah Lahuis.

Pesakit berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, dipindahkan dari MV Hondius melalui ambulans udara dan dimasukkan ke Hospital Radboud pada Khamis.

Kemudian, disahkan bahawa pesakit tersebut positif hantavirus. - AFP



Tiada ulasan: