Sabtu, 15 Ogos 2026

TERAM GILA BABI NAK BERUNDING



IRAN TAHU

TERAM NAK

BERUNDING

KAH KAH KAH

AMERIKA KALAH

PELURU DAH ABIS

AMIN

INILAH MASA

IRAN PUKUL

KHALAS


Iran belum buat keputusan sambung rundingan dengan AS

STANBUL: Iran belum membuat sebarang keputusan bagi meneruskan perundingan tidak langsung dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luarnya menegaskan bahawa pertukaran mesej menerusi perantara tidak boleh ditafsirkan sebagai pusingan baru perundingan, menurut laporan Anadolu Ajansi.

Abbas Araghchi menolak laporan yang mendakwa bahawa genjatan senjata 60 hari di bawah memorandum Islamabad, satu rangka kerja perjanjian damai bulan Jun dengan AS yang diusahakan oleh Pakistan, memerlukan sebarang penyambungan.

"Perkara yang terkandung dalam memorandum Islamabad ialah penamatan perang, bukannya genjatan senjata," katanya kepada agensi berita Iran, ISNA.

"Amerika Syarikat telah melanggar memorandum berkenaan, lalu pertempuran meletus semula. Oleh itu, tiada istilah genjatan senjata 60 hari yang perlu dilanjutkan."

Beliau menjelaskan bahawa tempoh 60 hari yang dinyatakan dalam memorandum itu bertujuan sebagai ruang masa bagi rundingan untuk mencapai kesepakatan akhir, bukannya jangka masa genjatan senjata.

"Kedua-dua pihak Qatar dan Pakistan masih meneruskan pertukaran mesej serta berhubung dengan kami, namun hal ini tidak bermakna satu pusingan rundingan sedang berlaku," katanya. "Tiada keputusan dibuat setakat ini untuk memulakan kembali rundingan bersama Amerika Syarikat."

Araghchi berkata, perbincangan Iran bersama Oman masih berjalan tetapi terpisah sepenuhnya daripada sebarang perbualan dengan Washington.

Beliau menggambarkan perbincangan itu sebagai perundingan teknikal yang memfokuskan kepada penetapan laluan perkapalan baharu merentasi Selat Hormuz, memandangkan laluan lama tidak lagi sesuai digunakan.

"Kami sedang merangka laluan sementara yang kemudiannya akan dijadikan laluan kekal," katanya. Beliau menambah bahawa pakar daripada kedua-dua negara serta angkatan tentera Iran terlibat secara langsung, dan perbincangan dijangka selesai tidak lama lagi.

Araghchi menegaskan bahawa perundingan teknikal mengenai laluan perkapalan ini tidak sepatutnya dikelirukan dengan isu pembukaan semula selat berkenaan.

"Apabila laluan baharu dimuktamadkan, keputusan sama ada Selat Hormuz dibuka semula atau tidak bergantung kepada pemenuhan syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Amerika Syarikat," katanya.




Tiada ulasan: