AMERIKA DAN
BARUA AMERIKA
DI SERANG
AMIN
HARI HARI AKHIR
SAEKOR ZIONIS
BERNAMA AMERIKA
KHALAS
Pejuang Houthi dakwa serang pangkalan tentera Arab Saudi
SANAA: Pejuang Houthi di Yaman mendakwa mereka melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke sebuah pangkalan tentera di selatan Arab Saudi, semalam.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, memaklumkan serangan terhadap pangkalan Sharurah itu menyasarkan depot senjata serta pusat arahan dan kawalan yang menguruskan pencerobohan terhadap negara dan rakyat mereka.
Yahya melalui hantarannya di X bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh operasi berkenaan, ketika pertempuran antara Houthi yang bersekutu dengan Iran dan pasukan kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Riyadh semakin meningkat minggu ini.
Pada Sabtu, pasukan kerajaan mendakwa melancarkan serangan terhadap pejuang Houthi di bandar Mocha di pesisir Laut Merah, sebelum menyerang beberapa lagi kedudukan Houthi di bahagian barat daya negara itu.
Iran terima imej satelit China sebelum serangan maut ke atas tentera AS
WASHINGTON: Entiti China membekalkan Iran imej satelit sebuah pangkalan tentera di Jordan sebelum dan selepas serangan yang mengorbankan tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS).
Laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ) itu dikhuatiri boleh meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing.
Pada 17 Julai, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke Pangkalan Udara Muwaffaq Salti di Jordan yang menempatkan anggota tentera AS, mengakibatkan tiga anggota Tentera Darat AS terbunuh.
Pegawai AS yang tidak dinamakan dan dipetik The Wall Street Journal tidak mendedahkan entiti China yang terbabit serta tidak menyatakan bahawa Beijing bertanggungjawab secara langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan