Ahad, 13 September 2026

MAT BURUT NAK SINGKIR UMNO ?


BERANIKAH

MAT BURUT

SINGKIR UMNO

AMIN

MAT BURUT SAH

TAKADA  

SOKONGAN

BANI MELAYU

KAH KAH KAH

MELAYU BERSATU

TERAJANAG

MAT BURUT

KHALAS



'Ada berani ke? Kalau berani, buatlah cepat..' - Presiden UMNO


KUALA LUMPUR: UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada meraih semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi, berkata gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mengeluarkan parti itu daripada Kerajaan Perpaduan perlu dibuat melalui undi tidak percaya yang perlu dibentang di Dewan Rakyat.

"Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat. Asas pembentukan (Kerajaan Perpaduan) ialah 82 (ahli Dewan Rakyat) Pakatan Harapan (PH) dan kita ada 30 (Ahli Parlimen). Asasnya 112 (wakil rakyat).

"Namun, daripada 112 (wakil rakyat) ini, tiga (Ahli Parlimen) daripada PKR sudah keluar masing-masing  Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.

"Ingatlah kerjasama kita bentuk (Kerajaan Perpaduan) atas amanah kenegaraan dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini, hari ini.

Tiada ulasan: