Ahad, 13 September 2026

PENDATANG - ADA KERJA BERI MEREAK PERMIT KERJA

 

APAKAH BAIK

JIKA MEREKA

DI BERI PERMIT

KERJA

AMIN

MALAYSIA PERLU

TENAGA PENDATANG

AMIN

BANGLA MAYMAR 

BUKAN DATANG

UNTUK BUAT SCAM

AMIN


472 warga asing ditahan dalam serbuan

 imigresen di Lebuh Pudu


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 472 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Mega di Lebuh Pudu di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamzah Injau, berkata dalam operasi bermula kira-kira 11 pagi itu, pemeriksaan dijalankan terhadap kira-kira 2,500 warga asing, dengan mereka yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Filipina, Nepal, Indonesia, Pakistan, India, China, Zimbabwe dan Arab Saudi.

"Semua warga asing ditahan berusia antara 18 hingga 62 tahun, membabitkan 439 lelaki dan 33 wanita, dan mereka akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

Kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa, menggunakan dokumen yang tidak diiktiraf serta pelbagai kesalahan lain mengikut Akta Imigresen," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Hamzah berkata serbuan di kawasan Lebuh Pudu dibuat susulan aduan orang awam mengenai kehadiran ramai warga asing dan premis yang dipercayai menjalankan perniagaan secara haram, selain terdapat juga premis yang disyaki dikendalikan atau menggaji warga asing.

Beliau berkata, premis perniagaan yang disyaki beroperasi secara haram akan disiasat dan diambil tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut bidang kuasa agensi berkenaan.

Katanya, jumlah warga asing yang ramai diperiksa pada hari ini kerana Kuala Lumpur merupakan kawasan tumpuan termasuk kalangan mereka yang datang dari negeri lain pada hujung minggu bagi tujuan membeli-belah dan bekerja di sini.

Hamzah berkata, operasi itu disertai 337 pegawai adalah 218 pegawai JIM dan 119 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk DBKL, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Suruhanjaya Syarikat Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Jabatan Pendaftaran Negara serta Kementerian Kesihatan.

"Imigresen Kuala Lumpur ingin menegaskan sekali lagi tindakan penguatkuasaan akan dibuat secara berterusan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen ini termasuklah majikan atau pemilik premis dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin," katanya.

Beliau berkata, Imigresen kini melaksanakan Program Repatriasi Migran bagi memberi peluang kepada warga asing yang tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela dengan hanya dikenakan kompaun. - BERNAMA







Tiada ulasan: